Agama
Berjudi menjurus manusia kepada kelalaian, syirik
 |
Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit.
Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan
wang atau harta benda sebagai
taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat
ganda.
Perjudian di negara kita amnya diamalkan dalam pelbagai bentuk antaranya menggunakan dadu, daun terup, jackpot, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot yang popular kini roulatte atau nombor ekor.
dan lebih canggih
lagi, zaman sekarang berjudi turut diamalkan dengan mudah melalui
internet.
Apabila berjudi, seseorang tidak
perlu mengerah keringat dan tulang empat kerat.
Bahkan modal diperlukan tidak begitu besar.
Bak kata orang, goyang kaki pun boleh dapat hasil lumayan.
Inilah antara faktor menyemarakkan semangat kaki judi untuk terus terjebak dengan gejala buruk ini ditambah lagi jika pernah sekali dua ‘tuahnya terkena’ dan menang sejumlah wang, bertambah
galak dan bersemangatlah si kaki judi melaburkan wangnya ke premis judi kononnya untuk mengaut keuntungan lebih besar lagi.
Sungguh menyedihkan melihat masih ramai umat Islam yang mengunjungi premis perjudian hari ini dan lebih memilukan adalah sesetengah mereka
yang kental mengunjungi pusat atau premis perjudian ini boleh dikategorikan
sebagai ‘warga emas’.
Sudahlah begitu, anak cucu sendiri pun kadang kala dibawa bersama singgah ke premis judi untuk
membeli nombor atau bertaruh tanpa ada malu dan segan.
Jika kaki judi beranggapan bahawa judi adalah bentuk usaha untuk memperbaiki
taraf kehidupan, mereka silap
kerana sebenarnya berjudi tidak semestinya dapat mengubah hidup seseorang kerana kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan saluran yang betul dan mengerah akal fikiran serta tenaga.
Islam meletakkan keutamaan kepada
pencarian rezeki dan nafkah hidup yang bersih lagi halal.
Bukannya
mencari jalan singkat mengumpul
harta melalui judi yang hukumnya
haram dari perspektif Islam.
Islam menegah umatnya daripada bergelumbang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan
warisan syaitan.
Selaras dengan firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman bahawa sesungguhnya
arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat.
Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil” (Surah Al-Maidah, ayat 90-91)
Dari segi akhlak, seseorang kaki judi itu akan menjadi lalai dalam beramal ibadah, malas untuk berusaha,
tamak dan haloba, iri hati, dendam, khianat, suka berhutang, membazir, bercakap bohong serta berputus harap kepada Allah.
Apabila
penyakit berjudi semakin kronik membelenggu, maka si kaki judi ini sanggup pula menggadaikan akidah
mereka dengan melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah seperti bertilik nasib, memuja kubur, mendapatkan bantuan bomoh
dan memakai tangkal azimat.
Perbuatan syirik seperti ini dimurkai
Allah dan akan menerima balasan
setimpal dengan perbuatan terkutuknya.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang menyekutukan-
Nya dan dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya” (Surah An-Nisa’, ayat 48).
Seseorang yang meraih hasil daripada
perjudian ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah.
Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.
Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif
akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai
kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah
sosial dan sebagainya dan di akhirat kelak, penderitaan terpaksa ditanggung adalah lebih dahsyat lagi.
Untuk itu, sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita harus membendung gejala judi secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat
merentasi pelbagai umur.
Ada begitu banyak permainan berkonsepkan judi yang ada di kedai
runcit, seperti permainan tikam dan telur plastik berisi hadiah.
Kata-kata nasihat, program bimbingan keagamaan dan kaunseling adalah kaedah berlembut yang mungkin boleh dipraktikkan untuk memberikan
kesedaran kepada kaki judi.
Pengamal media boleh memainkan
peranan melalui iklan, dokumentari,
siaran perbincangan atau pun dalam bentuk drama dan filem.
Jika ia tidak memberi kesan, perlulah
pihak berwajib melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat dan tegas yang mana berjudi membuatkan seseorang
lalai dan ingkar dengan tuntutan Islam supaya mencari rezeki halal dan diredai Allah.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|
|
|
|