Bakat
BAKAT 4 Div anjur Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin
Penulis: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA LUMPUR: 35 ahli BAKAT 4 Div termasuk Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Zaleha Md Yusof dipimpin oleh Kapt Norhayati Yusof mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin bertempat di Rumah BAKAT Kem Wardieburn pada 11 Feb 2010.

Dalam tazkirah ringkas yang disampaikan oleh SSjn Kamarulzama Mohamed Hashim menegaskan agar menjadikan Islam sebagai landasan dan panduan yang perlu diikuti dengan penuh ketaatan agar seluruh kehidupan kita berpaksikan kepada Allah SWT.


Bakat
BAKAT 4 Bgd Mekz lawat BAKAT MSS Temerloh dan 4 KOD Mekz
Penulis: Kpl Aziz Samat  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!
TEMERLOH: Pengerusi BAKAT 4 Briged Mekanize (Bgd Mekz), Zainuriah Hj Mustapha melakukan lawatan Ulung ke pasukan 4 Kor Ordans Diraja Mekanize dan disambut oleh Pengerusi BAKAT MSS Temerloh, Rosmesah Hussin dan Pengerusi BAKAT 4 KOD Mekz, Rozita Hj Mohd Aznan serta ahli-ahli BAKAT kedua-dua pasukan pada 19 Feb 2010.

Dalam lawatan tersebut pelbagai acara dilaksanakan seperti pertandingan masakan dan gubahan yang disertai oleh ahli-ahli gabungan BAKAT MSS Temerloh dan 4 KOD Mekz.

Johan bagi kategori masakan dimenangi oleh Wan Faridah Wan Musa dari BAKAT 4 KOD manakala Pertandingan Gubahan oleh Lamba Ringgir dari BAKAT 4 KOD dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengerusi BAKAT 4 Bgd Mekz.

Diakhir majlis turut diadakan Hi Tea dan persembahan nasyid serta monolog dan pentomen yang dipersembahkan oleh ahli-ahli BAKAT gabungan kepada Pengerusi BAKAT 4 Bgd Mekz.


Bakat
Mesyuarat Tahunan BAKAT 1 Div
Penulis: Sjn Forman Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!
KUCHING: 15 Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) terdiri dari Formasi 1 Div menghadiri Mesyuarat Tahunan BAKAT yang dipengerusikan oleh Datin Jawahir Abd Aziz di Bilik Mesyuarat Dewan Bukavu pada 20 Feb 2010.

Tujuan mesyuarat diadakan bagi merangka dan menetapkan rancangan aktiviti BAKAT Tahun 2010 dan meningkatkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti BAKAT berbentuk kebajikan terutama dari segi pengukuhan kerohanian, pembentukan sahsiah diri, pendidikan anak-anak serta kesihatan keluarga.

Beliau juga menyeru semua ahli BAKAT supaya berusaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul dan cemerlang.

Semasa mesyuarat Pengerusi BAKAT 1 Div menyampaikan cek TKAT kepada Pengerusi BAKAT 3 Bgd, 9 Bgd dan wakil Pengerusi BAKAT 5 Bgd bersama sumbangan Tabung Sejambak Kasih.


Bakat
BAKAT 11 Bgd johan Badminton peringkat BAKAT 4 Div
Penulis: Kpl Mohd Fauzi Abd Kadir Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!
KUALA LUMPUR: BAKAT 11 Bgd telah membuktikan merekalah yang terkuat apabila berjaya menjadi johan pada Pertandingan Badminton Peringkat BAKAT 4 Div yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Desa Tun Hussein Onn (DTHO), Kuala Lumpur pada 13 Mac 2010.

Pertandingan yang dijalankan secara liga telah disertai oleh Tim BAKAT 11 Bgd, 12 Bgd dan Trup Div melibatkan tiga regu dan satu regu simpanan bagi setiap tim dan regu yang menjadi johan pada pertandingan tersebut akan mewakili BAKAT 4 Div pada Pertandingan Badminton Peringkat BAKAT Darat yang akan diadakan nanti.

Dalam ucapan penutup, Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Zaleha Md Yusof berkata peserta-peserta yang terpilih mewakili BAKAT 4 Div boleh mempersiapkan diri dengan berlatih lebih gigih lagi bagi mengekalkan stamina dari segi mental dan fizikal untuk bersaing pada pertandingan di peringkat TD nanti.

“Saya harap pengurusan pasukan juga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan dalam tim ini agar semangat pemain tidak luntur,” jelasnya.

Turut hadir pada pertandingan tersebut Pengerusi BAKAT 11 Bgd, Datin (Dr) Roza Anon Mohamed Ramlee, Pengerusi BAKAT 12 Bgd, Hanim Jeraai dan Pengerusi BAKAT Kem 4 Div, Mahizun Ahmad.


Bakat
BAKAT 1 Div anjur Morning Coffee
Penulis: Sjn Forman    Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUCHING: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 1 Div menganjurkan Majlis ‘Morning Coffee’ sempena lawatan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Maggie Rosmalisa Abdullah yang dihadiri seramai 60 ahlinya bertempat di Wisma Perwira 1 Div pada 30 Mac 2010.

Sesungguhnya kehadiran Puan Sri Maggie Rosmaliza tersebut telah menyuntik semangat ahli-ahli BAKAT 1 Div untuk menjayakan semua aktiviti BAKAT yang dirancang dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli.


PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF