Bersama Pemimpin
Majlis Pemakaian Pangkat Kol Kehormat PALAPES
Penulis: Kpl Suryazu Mohamad               Keluaran : Bil 177       Tarikh Kemaskini: 20 Jun 2009
+ Email Artikel Ini!
+ Artikel Penuh Bergambar (PDF)

TANJUNG MALIM : Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kolonel Kehormat Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) kepada Timbalan Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Mohd Mustamam Abdul Karim dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Dr. Khairuddin Ab. Hamid pada 7 Apr 09 bertempat di Auditorium UPSI.

Semasa menyampaikan ucapan, Kol (K) Prof. Dr. Mohd Mustamam Abdul Karim berjanji akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ini dengan sebaik mungkin termasuk akan melahirkan lebih ramai lagi anggota PALAPES dikalangan guru-guru.

Bukan itu sahaja malahan melahirkan seramai mungkin anggota PALAPES yang berketerampilan bahkan bakalbakal guru yang lebih berdisiplin melalui pasukan berunifom.

Tambahannya lagi, melalui latihan ketenteraan, penuntut UPSI yang menyertai PALAPES tentunya akan menjadi seorang guru yang cekal, bertanggungjawab dan berdisiplin.

Mereka juga akan menjadi pendidik serba boleh apabila ditugaskan mengajar di mana-mana sekolah kelak.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2005, PALAPES UPSI kini mempunyai lebih 300 anggota melibatkan mahasiswa pendidikan dalam pelbagai bidang.

Hadir sama Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Mokhtar Perman, Panglima 2 Bgd, Brig Jen Dato’ Zulkifli Mansor, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Brig Jen Dato’ Fazlurrahman Mohammad Irfan dan Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob.

Artikel Bersama Pemimpin Keluaran 177
13 Penerima SP Dan PGB Terima Watikah
Majlis Pemakaian Pangkat Kol Kehormat PALAPES
   
PDF Keseluruhan Keluaran April 09 (Bilangan 177)
Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 9 | Muat Turun PDF
Seksyen 5 | Muat Turun PDF