Menarik
360 Anggota ATM Meneruskan Kibaran Jalur Gemilang Di Lubnan
Penulis: Sjn Mohd Zuki Jusoh             Keluaran : Bil 177        Tarikh Kemaskini: 20 Jun 2009
+ Email Artikel Ini!
+ Artikel Penuh Bergambar (PDF)

Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi PBB menyaksikan lebih 20,000 perwira dan perajurit kita menabur khidmat bakti di seluruh pelusuk dunia semenjak tahun 1960 dan kita merasa gembira kerana hingga ke hari ini.

ATM terus mendapat mandat PBB untuk terlibat sama ada dalam tugas pengaman mahupun pemerhati di negaranegara yang dilanda konflik.

Keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh PBB bukanlah sesuatu yang datang menggolek kerana ianya adalah hasil prestasi cemerlang yang berterusan kontinjen-kontinjen kita yang terdahulu.

Pujian yang diterima baik dari dalam dan luar negara, sama ada dari pemimpin negara, dunia ataupun tentera asing adalah pengiktirafan yang telah mengharumkan nama Malaysia amnya, dan melonjakkan imej ATM khususnya.

Namun begitu, kita tidak harus leka dengan pencapaian ini. Justeru, adalah menjadi kewajipan kita untuk memelihara kecemerlangan ini agar ianya berkekalan merentas zaman.

Setakat ini ATM menyertai Misi United Nations Interim Force In Lubnan (UNIFIL) menghantar kontinjen dengan komposisi kekuatan seramai 360 anggota dan peralatan logistik sejak awal Januari 2007 iaitu MALCON EAST 1 mulai 2 Jan hingga 28 Okt 2007, bagi MALCON EAST 2 dari 29 Okt 2007 hingga 29 Jul 2008.

Kumpulan ini adalah pertama kali membawa 10 wanita ATM untuk sama-sama menjalankan misi di Lubnan manakala MALCON EAST 3 dari 30 Jul 2008 hingga 30 Apr 2009.

Misi pengaman ini ditetapkan bertugas selama 9 bulan dan untuk anggota wanita selama 4 bulan setengah iaitu dua kumpulan wanita dalam satu misi. Kini dua kontinjen Malaysia berkhidmat di bawah naungan UNIFIL iaitu MALCON EAST adalah MALCON yang bertempat di Kaoukaba, sehingga kini telah melalui 3 siri manakala MALCON WEST adalah MALCON yang bertempat di At Tiri dan dikenali sebagai MALCON WEST 1.

Pada 22 April 2009, ATM meletakkan amanah serta harapan yang besar kepada kumpulan pendahuluan MALCON EAST IV yang diketuai oleh Kol Hashim Aman Shah serta 165 pegawai dan anggota, adalah menjadi harapan ATM agar kumpulan ini akan mengambil alih tugas daripada MALCON EAST III pada tanggal 29 April dengan selamat dan lancar manakala Lt Kol Romainor Mohamed selaku Timbalan Komander berlepas bersama kumpulan induk pada 30 April 09.

Majlis penghantaran kumpulan pendahuluan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal di Lapangan Terbang TUDM, Subang. Kumpulan Pertama (Pendahuluan) MALCON EAST 4 diatur gerakkan pada malam 22 Apr 2009, seramai 160 orang termasuk 2 pegawai dan 3 anggota wanita dan Kumpulan Kedua seramai 199 anggota termasuk 7 anggota wanita yang berlepas pada 30 April 09. Kekuatan pasukan MALCON EAST 4 terdiri 36 pegawai dan 243 anggota TD.

2 pegawai dan 38 anggota TLDM, 3 pegawai dan 37anggotaTUDM dan 1 Pegawai Awam dari KEMENTAH iaitu Masniyamin Muspaha yang telah berada di Lubnan sejak Mac lalu. Pasukan MALCON EAST 4 wanita akan bertugas selama 4 bulan setengah, kumpulan pertama diketuai oleh Kapt Suzie @ Suzianna Yusof manakala kumpulan wanita kedua diketuai oleh Kapt Junainah Baharudin yang dirancang akan menyambung tugas pada 16 Sep 2009.

Sebelum ini, pegawai dan anggota yang terlibat dalam misi ini menjalankan latihan integrasi secara intensif sepanjang tempoh 3 bulan di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja meliputi ujian kecergasan jasmani, latihan induk, Force Integration Training dan persiapan logistik bagi memastikan anggota terlatih dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan mandat PBB.

Secara amnya konsep penugasan dan status tumpangan yang digariskan untuk kompeni yang diperlukan adalah kompeni akan dijadikan sebagai komponen Batalion Sepanyol, kompeni akan terlibat dalam operasi keselamatan dan kestabilan yang menyumbang kepada pelaksanaan Resolusi 1701.

Kompeni akan diaturgerak di dalam kawasan tanggungjawab, kompeni akan menubuhkan pusat/ titik pemerhatian dan pemeriksaan, melaksanakan rondaan dan pemeriksaan pergerakan di KTJ.

Kompeni akan menonjolkan penglibatan PBB dalam memantau pematuhan Resolusi 1701.

Hubungan erat dan kerjasama padu dengan rakan- rakan tentera dari negara-negara lain wajar dititikberatkan demi kebaikan bersama dan kelancaran tugas kontinjen kita ke arah itu.

Amalan murni seperti saling menasihati, mengingatkan antara satu sama lain serta semangat saling bekerjasama sebagai satu kumpulan harus dipelihara agar mutu komitmen, kesiagaan dan disiplin kontinjen Malaysia teguh di tahap yang tinggi pada sebilang masa.

Tempoh tugas selama sembilan bulan di Lubnan bukanlah satu tempoh yang panjang.

Sehubungan itu, penuhilah setiap ruang yang ada ke arah menyumbang khidmat terbaik dengan meletakkan piagam misi sebagai keutamaan agar MALCON EAST IV kelak pulang dengan kejayaan yang signifikan, seluruh warga ATM mengucapkan “selamat bertugas” semoga akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh semangat, dedikasi dan ikhlas

Artikel Menarik Keluaran 177
360 Anggota ATM Meneruskan Kibaran Jalur Gemilang Di Lubnan
Merah Kuning Biru
Ke Arah Merealisasikan Pertahanan Negara
   
PDF Keseluruhan Keluaran April 09 (Bilangan 177)
Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF Seksyen 9 | Muat Turun PDF