Menarik
Merah Kuning Biru
Penulis: Lt Kol Hj Ab Aziz Ahmad (Bersara)        Keluaran : Bil 177        Tarikh Kemaskini: 20 Jun 2009
+ Email Artikel Ini!
+ Artikel Penuh Bergambar (PDF)

Kajian lambang kebesaran dan sejarah keluarga golongan bangsawan zaman dahulu menggambarkan betapa penting peranan warna yang dipilih.

Warna kuning atau emas menggambarkan kehormatan dan kesetiaan, warna merah menggambarkan keberanian dan warna biru pula adalah melambangkan taat pada agama, ikhlas dan jujur.

Lambang kebesaran serta kain dengan warna-warna pilihan turut dibawa ke medan perang sebagai panji-panji dan sentiasa dipertahankan dengan keringat dan darah.

Dalam simbolisme keagamaan, warna juga membawa pengertian yang tertentu. Warna putih adalah cahaya yang melambangkan kesucian, kegembiraan dan kecemerlangan.

Warna merah adalah simbol api dan darah yang melambangkan kebajikan. Warna biru adalah simbol syurga yang melambangkan kebenaran.

Warna hijau adalah lambang alam semula jadi yang membawa harapan kekal abadi dan hitam pula adalah warna kegelapan yang melambangkan kematian. berdarah yang tidak diperlukan.

Tiga kumpulan politik yang bergeseran memilih warna-warna tersebut sebagai warna simbolik perjuangan politik mereka untuk menerajui kepimpinan Thailand. Sengketa politik yang kini telah membawa rakyat negara Thailand ke arah kemurungan kerana dilanda kemerosotan ekonomi akibat berwarna merah.

Kerana keselamatan Thailand terancam, angkatan tentera Thailand telah merampas kuasa dan Perdana Menteri Thaksin Shinawarta telah tumbang.

Seterusnya pihak tentera bersetuju untuk menyerahkan kuasa semula kepada awam dan pilihanraya telah diadakan. Namun yang menang juga dikatakan adalah kroni mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawarta. Kumpulan baju kuning sekali lagi telah melancarkan pelbagai bantahan termasuk demonstrasi jalanan.

Akhirnya Perdana Menteri baru juga jatuh akibat dikatakan telah melanggar perlembagaan negara Thailand.

Kini Thailand berada di bawah kuasa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dari parti Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi. Kini giliran kumpulan baju merah UDD pula untuk melakukan pelbagai bantahan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva bagi memungkinkan semula Thaksin Shinawarta kembali berkuasa.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva sudah menghadapi usul pemecatan kerana dikatakan menyalahgunakan perlembagaan.

Pejabat Perdana Menteri juga sudah dikepong oleh beribu-ribu penunjuk perasaan pro- Thaksin dari parti pembangkang utama Thailand, Puea Thai, menuntut pilihan raya baru diadakan. Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva juga telah menghadapi usul pendakwaan di Parlimen kerana dituduh melanggar Perlembagaan negara serta mempertikaikan perlantikan Menteri Luar yang baru.

Malah pada pertengahan bulan April ini, kereta yang disangkakan membawa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah diserang dengan dahsyat oleh kumpulan baju merah. Kenderaan kerajaan yang rosak teruk itu sebenarnya membawa Setiausaha Perdana Menteri dan pemandunya cedera parah kerana telah dibelasah oleh penunjuk perasaan jalanan.

Kumpulan Baju Biru Dalam pada itu segelintir rakyat Thailand yang mengelarkan diri mereka sebagai Merah Kuning Biru Dalam kehidupan harian kita sering mengatakan seseorang itu ‘sees red’ apabila marah atau menjadi ‘green with envy’ kerana cemburu dengan rezeki orang lain.

Seseorang itu juga dikatakan ‘feel blue’ apabila sedih kerana dia dikatakan ‘yellow’ atau pengecut.

Namun kadang kala ‘once a blue moon’ semua perkara menjadi baik dan dia akan mendapat ‘a redletter day’ satu hari yang penting kerana kebaikan yang berlaku.

Warna Mengundang Sengketa

Negara Thailand kini sedang menghadapi kemelut warna. Tiga warna iaitu merah, kuning dan biru, kini telah mengundang sengketa politik berdarah yang tidak diperlukan.

Tiga kumpulan politik yang bergeseran memilih warna-warna tersebut sebagai warna simbolik perjuangan politik mereka untuk menerajui kepimpinan Thailand.

Sengketa politik yang kini telah membawa rakyat negara Thailand ke arah kemurungan kerana dilanda kemerosotan ekonomi akibat ketidaktentuan senario keamanan dan keselamatan.

Warna yang telah membawa kerugian ribuan juta dolar kepada kerajaan Thailand yang menambah kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia. Pada tahun 2006, semasa Thailand di bawah teraju Perdana Menteri Thaksin Shinawarta, kumpulan politik yang menggunakan warna kuning telah membuat bantahan besar-besaran untuk menjatuhkan Thaksin.

Thailand ketika itu diwarnai oleh penunjuk perasaan antikerajaan, penyokong parti Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) yang memakai pakaian warna kuning, bertempur dengan penyokong kerajaan dari parti Prodemokrasi (UDD) yang memakai pakaian berwarna merah.

Kerana keselamatan Thailand terancam, angkatan tentera Thailand telah merampas kuasa dan Perdana Menteri Thaksin Shinawarta telah tumbang.

Seterusnya pihak tentera bersetuju untuk menyerahkan kuasa semula kepada awam dan pilihanraya telah diadakan. Namun yang menang juga dikatakan adalah kroni mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawarta. Kumpulan baju kuning sekali lagi telah melancarkan pelbagai bantahan termasuk demonstrasi jalanan.

Akhirnya Perdana Menteri baru juga jatuh akibat dikatakan telah melanggar perlembagaan negara Thailand. Kini Thailand berada di bawah kuasa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dari parti Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi.

Kini giliran kumpulan baju merah UDD pula untuk melakukan pelbagai bantahan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva bagi memungkinkan semula Thaksin Shinawarta kembali berkuasa.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva sudah menghadapi usul pemecatan kerana dikatakan menyalahgunakan perlembagaan.

Pejabat Perdana Menteri juga sudah dikepong oleh beribu-ribu penunjuk perasaan pro- Thaksin dari parti pembangkang utama Thailand, Puea Thai, menuntut pilihan raya baru diadakan.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva juga telah menghadapi usul pendakwaan di Parlimen kerana dituduh melanggar Perlembagaan negara serta mempertikaikan perlantikan Menteri Luar yang baru. Malah pada pertengahan bulan April ini, kereta yang disangkakan membawa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah diserang dengan dahsyat oleh kumpulan baju merah.

Kenderaan kerajaan yang rosak teruk itu sebenarnya membawa Setiausaha Perdana Menteri dan pemandunya cedera parah kerana telah dibelasah oleh penunjuk perasaan jalanan.

Kumpulan Baju Biru

Dalam pada itu segelintir rakyat Thailand yang mengelarkan diri mereka sebagai kumpulan pro-kerajaan (PPT), muncul di khalayak ramai dengan memakai baju berwarna biru. Pakaian biru mereka dicap dengan slogan ‘Lindungi Institusi’ yang merujuk kepada institusi diraja Thailand.

Kumpulan baju biru ini kelihatan berpakaian kemas dan segak turut dilengkapi dengan batang besi, belantan dan kayu sebagai senjata.

Ramai penyokong kumpulan merah berpendapat bahawa kumpulan biru yang baru timbul sebenarnya adalah anggota tentera yang dikawal oleh kerajaan.

Dalam satu kejadian letupan, kelihatan ramai anggota PTT berbaju biru lari mencari perlindungan di belakang pasukan tentera dan pegawai tentera membiarkan sahaja tanpa merampas persenjataan mereka.

Terdapat juga kumpulan biru yang menunjuk perasaan bertindak bersama pasukan polis dan itu menguatkan lagi tanggapan orang ramai yang kumpulan biru adalah penyokong kerajaan yang juga anti Thaksin Shinawarta.

Pembatalan Persidangan Asean

Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 sepatutnya diadakan pada bulan April di Bandar Peranginan Pattaya namun telah dibatalkan kerana kekacauan yang menakutkan telah berlaku.

Demonstrasi besar-besaran oleh beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju merah tanda setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawarta, yang mengempur tempat persidangan, memaksa kerajaan Thailand mengambil tindakan drastik membatalkan persidangan.

Pemimpin-pemimpin kerajaan ASEAN yang telah tiba untuk menghadiri persidangan tersebut terpaksa dikeluarkan dari hotel tempat persidangan dengan menggunakan helikopter tentera, kerana nyawa mereka terancam.

Dalam perkembangan terbaru Kerajaan Thailand meminta para pemimpin serantau untuk hadir semula menyertai Persidangan Kemuncak ASEAN ke 14 yang bakal diadakan di pusat peranginan Phuket pada 13 dan 14 Jun akan datang.

Kali ini kerajaan Thailand memberi jaminan bahawa kekacauan yang berlaku dahulu di Pattaya pada 11 April, tidak akan berlaku di Phuket. Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwon, memberi jaminan kepada pemimpin ASEAN bahawa penunjuk perasaan tidak akan dibenarkan untuk berada dalam lingkungan lima kilometer dari tempat persidangan.

Bangkok Diisytihar Darurat

Setelah penunjuk perasaan anti kerajaan berjaya memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke- 14 dibatalkan, terdapat tanda-tanda yang kerajaan masih tidak mampu untuk mengawal protes yang semakin merebak di banyak kawasan di Bangkok.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok yang mengharamkan perhimpunan melebihi lima orang.

Perintah darurat juga melarang laporan berita yang dianggap mengancam ketenteraman awam. Pasukan tentera dibenarkan untuk bertindak membendung kekacauan.

Tentera bersenjata telah dikerah ke seluruh bandaraya Bangkok bagi menguatkuasakan perintah darurat. Tentera turut menempatkan kereta perisai di beberapa persimpangan jalan bagi mengawal pergerakan penunjuk perasaan serta mengawal beberapa bangunan penting awam.

Tindakan pasukan tentera tidak mematahkan pergerakan penunjuk perasaan malah mereka berani merampas kereta perisai tentera. Penunjuk perasaan juga telah mengepung bangunan Kementerian Dalam Negeri di mana Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berucap mengisytiharkan perintah darurat.

Thailand berdepan dengan ancaman keganasan yang melampau dengan ratusan ribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi jalanan sambil merosakkan harta awam.

Tentera terpaksa bertindak keras dan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mensifatkan penunjuk perasaan sebagai musuh negara.

Pemimpin penunjuk perasaan, Arisman Pongruengrong, seorang bekas penyanyi pop, telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand atas tuduhan menghasut penunjuk perasaan supaya menculikPerdana Menteri dan mencetus kekacauan.

Dalam pada itu, pengasas pergerakan baju kuning, Sondhi Limthongkul, cedera di kepala dalam satu cubaan membunuhnya di Bangkok pada 17 April yang lalu.

Seramai dua penyerang mengekori kenderaan yang dinaiki Sondhi yang dalam perjalanan untuk membuat rakaman program televisyen, menghalang kenderaan tersebut dan melepaskan 100 das tembakan menggunakan senjata AK-47 dan M-16. Sondhi Limthongkul kini selamat setelah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan peluru di kepala.

Polis Thailand yang melakukan soal siasat berkaitan kes tersebut telah mengeledah kawasan kejadian dan telah mengesahkan bahawa peluru yang digunakan dalam cubaan membunuh Sondhi Limthongkul merupakan peluru tentera.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Anupong Poajinda, pada 23 April mengesahkan kelongsong peluru M-16 yang dijumpai di tempat kejadian adalah sama seperti yang digunakan oleh Bahagian Sembilan Divisyen.

Pengesahan oleh Jeneral Anupong Poajinda itu menambahkan lagi kemelut politik Thailand. Keganasan di Bangkok dan Pattaya dan Chonburi hingga kini telah menyebabkan dua orang terbunuh, 123 cedera dan Thailand kerugian pada keseluruhannya sebanyak RM20 bilion.

Kebebasan Hak Asasi Melampau

Kemelut politik Thailand dengan demonstrasi jalanan yang menular menjadi ganas telah menjatuhkan imej Thailand di mata dunia. Khasnya setelah ramai pemimpin negara yang hadir untuk Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya, terpaksa diselamatkan dengan helikopter tentera apabila nyawa mereka terancam oleh keganasan yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan.

Bahkan peristiwa tersebut yang membawa kepada pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 merupakan satu titik hitam dalam kontek sejarah perjalanan gagasan negara-negara ASEAN sejak bermula 42 tahun lalu.

Di samping ketua negara ASEAN sendiri, ramai ketua-ketua kerajaan dari rakan dialog seperti China, Jepun, Korea, New Zealand, Australia dan India, turut diletakkan dalam keadaan berisiko dan keliru.

Tindakan penunjuk perasaan yang menjadi ganas telah memalukan Thailand sebagai tuan rumah yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk menganjurkan sidang kemuncak tahunan serta menentukan keselamatan anggota persidangan serta rakan dialog.

Peristiwa yang memalukan Thailand tersebut berlaku kerana tidak wujud kawalan ke atas soal kebebasan hak asasi. Thailand sebenarnya terkenal sebagai negara yang mengamalkan kebebasan.

Rakyat Thailand bebas berhimpun walaupun dalam jumlah yang ramai serta bebas menyuarakan bantahan.

Kebebasan bersuara bertukar menjadi perhimpinan kemudian bertukar menjadi demonstrasi. Demonstrasi aman kemudiannya bertukar menjadi demonstrasi jalanan yang ganas.

Penunjuk perasaan yang asalnya aman mudah berrtukar menjadi ganas dan kemudiannya mereka tidak memperdulikan peraturan.

Keselamatan rakyat dan pelancong mula terancam malah tidak menghormati tetamu negara yang hadir.

Demi menegakkan perjuangan, mereka tidak peduli pencemaran terhadap imej negara sendiri.

Imej hitam yang berlaku menampakkan segala pelaburan kerajaan Thailand berjumlah RM10juta untuk keselamatan persidangan ASEAN tidak berbaloi.

Tindakan pasukan keselamatan Thailand, polis dan angkatan tentera, terhalang kerana terlampau menghormati kebebasan hak asasi manusia.

Penutup

Seorang pelukis berupaya menzahirkan pelbagai warna dengan mencampuraduk tiga warna utama (primary colour) untuk menambah cantik sebuah lukisan.

Warna kuning dan biru jika dicampur akan menzahirkan warna hijau, warna merah dan kuning jika dicampur akan menzahirkan warna jingga atau oren dan warna biru dan merah jika dicampurkan akan menghasilkan warna ungu kebiru-biruan.

Biarlah kita memilih warna untuk kecantikan sebuah lukisan, gambar atau pakaian. Janganlah kita memilih warna yang hanya akan mendatangkan bencana.

Rakyat Malaysia perlu menjadikan iktibar dengan apa yang berlaku di negara Thailand.

Bukan dalam cara memilih warna tetapi melihat kegawatan yang berlaku akibat tindakan melulu segelintir rakyat yang kurang matang. Janganlah kita terikut-ikut dengan tindakan rakyat Thailand yang memilih jalan merusuh dan melakukan demonstrasi jalanan sebagai landasan perjuangan politik mereka.

Lihatlah betapa rugi negara Thailand akibat perjuangan warna merah, kuning dan biru yang sudah terpesong. Huru-hara yang berlaku telah mengakibatkan Thailand kerugian beratus juta ringgit. Industri yang bersangkutan seperti dunia hiburan, penghotelan, makanan dan minuman terjejas dengan teruk.

Ramai rakyat Thailand yang tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan turut terjejas, mereka hilang pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Thailand merupakan sebuah negara Asia yang tidak pernah dijajah tetapi tetap tidak pernah sunyi daripada sengketa. Ketidakstabilan politik menjadikan Thailand sebuah negara yang sering bertukar pemimpin kerajaan.

Rampasan kuasa bukan asing malah sudah menjadi kebiasaan di Thailand.

Dalam masa tiga tahun kebelakangan ini, Thailand mengalami lima kali pertukaran Perdana Menteri dan dalam masa 76 tahun yang lalu, Thailand mempunyai seramai 38 Perdana Menteri iaitu rata-rata bertukar setiap dua tahun sekali.

Kita tidak mahu negara Malaysia yang bergantung kepada kestabilan dan keamanan untuk terus maju bagi menjamin masa depan, tergugat dengan sebarang sengketa politik yang berpanjangan.

Segala kemakmuran dan keamanan boleh tergugat dengan sekelip mata jika segala permasalahan politik tidak ditangani dengan cepat.

Tindakan tegas dan berani pasukan keselamatan dalam menangani sebarang demonstrasi jalanan adalah menjadi keutamaan dan perlu mendapat sokongan rakyat jelata.

Rakyat Malaysia mesti menolak cara rakyat Thailand yang cuba menegakkan perjuangan politik masing-masing melalui demonstrasi jalanan.

Penganalisis politik di Thailand menyatakan bahawa rakyat perlu melakukan perubahan ketika pengundian dalam pilihan raya dan bukan melalui tunjuk perasaan, merusuh atau membuat bantahan di jalan raya.

Amat jelas sekali semua warna merah, kuning dan biru hanya merupakan krisis politik warna yang tidak membawa keamanan dan kesejahteraan.

Setiap warna tidak berjaya membawa sebarang penyelesaian yang diharapkan oleh rakyat Thailand yang inginkan kedamaian.

Baru-baru ini di negara kita sendiri terdapat rakyat yang menyeru ke arah tindakan serupa seperti yang berlaku di Thailand.

Seorang aktivis dilapurkan menyeru orang ramai supaya memakai pakaian berwarna hitam bagi menunjukkkan bantahan mereka terhadap krisis politik yang berlaku di Negeri Perak.

Keesokan harinya terdapat beberapa orang yang termakan dengan seruan tersebut telah memakai pakaian berwarna hitam cuba berhimpun menunjuk perasaan.

Sebenarnya kita tidak perlu perlakuan seperti itu kerana negara kita sememangnya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terpimpin.

Segala isu boleh diselesaikan secara baik mengikut peraturan undang-undang.

Artikel Menarik Keluaran 177
360 Anggota ATM Meneruskan Kibaran Jalur Gemilang Di Lubnan
Merah Kuning Biru
Ke Arah Merealisasikan Pertahanan Negara
   
PDF Keseluruhan Keluaran April 09 (Bilangan 177)
Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF Seksyen 9 | Muat Turun PDF