Latihan
GAPU Mempertahankan Ruangan Udara Malaysia
Penulis: Sjn Saifun Hakimi bin Zainon      Keluaran : Bil 177        Tarikh Kemaskini: 20 Jun 2009
+ Email Artikel Ini!
+ Artikel Penuh Bergambar (PDF)

Penubuhan unit-unit Artileri Pertahanan Udara (PUAR ) di bawah naungan GAPU, latihan menembak senjata-senjata Artileri PU dilaksanakan di Punggai Bay Firing Ground di Teluk Punggai, Kota Tinggi sebelum bertukar ke Lapang sasar Tanjung Siang, Kota Tinggi yang dibuka secara tidak rasmi pada tahun 1981.

Gambaran ringkas mengenai lapangsasar bumi ke udara Tg Logok iaitu berada kira-kira 60 km di selatan bandar Mersing, 46 km ke utara pusat peranginan Desaru serta 33 km ke timur Kota Tinggi.

Tanah kawasan lapangsasar ini yang berkeluasan 105 hektar adalah milik kerajaan negeri Johor yang telah dipersetujui untuk diwartakan sebagai kawasan manuver TD dan lapangsasar bumi ke udara.

Lapang sasar ini merupakan satu-satunya lapangsasar di Malaysia barat yang boleh digunakan untuk latihan tembakan sistem persenjataan Artileri Pertahanan Udara.

Selepas berjaya melaksanakan latihan menembak pada tahun 2006, 2007 dan 2008 Panglima GAPU, Brig Jen Dato’ Husin Md Tahak menamakan semula latihan menembak peluru/ misil hidup (LIVEX) sistem persenjataan Artileri Pertahanan Udara ( APU) di peringkat GAPU sebagai Eks Panah Jaguh. Eks PANAH JAGUH bukan sahaja melibatkan semua unit GAPU malah turut disertai oleh Bateri 361 RAD Para serta pasukan Ground Based Air Defence (GBAD) daripada TLDM dan TUDM malah turut disertai oleh 12 RAMD Mekanise dan 1 KAD.

Eks Panah Jaguh dilaksanakan pada 13 hingga 28 April 2009 di Lapang sasar Tg Logok, Mukim Kembau, Kota Tinggi dibahagikan kepada dua peringkat iaitu yang pertama latihan mengesan dan menenang sasaran, yang kedua latihan menembak peluru dan misil hidup sasaran udara.

Antara Objektif yang telah digariskan ialah melaksanakan latihan ARTEP untuk pasukan 31 RAD, menguji keupayaan Bti IGLA yang dibekalkan kepada pasukan 32 RAD, melaksanakan ujian tembakan complete round proof ( CRP ) misil Starburst yang telah memasuki inventori Tentera Darat lebih daripada 10 tahun, latihan tembakan tahunan untuk pasukan 33 RAD dan membantu Cawangan PU, PUSARTI melatih penuntut kursus PM/SMT Siri 1/09 Cawangan PU untuk latihan menembak peluru hidup di lapang sasar Tg Logok.

Antara lain Eksesais pada kali ini juga turut disertai oleh Tim Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM yang berperanan menganalisis kesan bunyi daripada tembakan terhadap pendengaran penembak.

Selain itu para penonton juga berpeluang melihat uji nilai tembakan misil Igla di atas kenderaan VAMTEC keluaran negara Sepanyol.

Demonstrasi tembakan dimulakan dengan fictional target firing oleh meriam 35mm oerlikon/ skyguard bagi mendapatkan bacaan terkini muzzle velocilty, diikuti dengan tembakan Jernas, tembakan PUSPA, tembakan Starburst dan tembakan Igla di atas kenderaan jenis VAMTAC dan akhir sekali tembakan meriam 35mm Oerlikon manakala sasaran yang digunakan adalah sasaran tunda yang ditarik oleh lear jet dan pesawat kawalan jauh jenis Banshee 400.

Kejayaan Eks PANAH JAGUH dicapai tepat pada masanya, disebabkan GAPU amat memerlukan sebuah lapangsasar bumi ke udara bagi melatih semua peringkat anggota rejimen Artileri PU menembak sistem persenjataannya.

Lapang sasar bumi ke udara akan dapat merealisasikan moto Marksman Sasaranku dan menjadi pemangkin kepada wawasan GAPU untuk ‘Digeruni Musuh, Disegani Rakan Seangkatan’.

PDF Keseluruhan Keluaran April 09 (Bilangan 177)
Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF Seksyen 9 | Muat Turun PDF