Muka Hadapan
Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Baru
|
| Penulis: Kapten Aishah Ismail Keluaran : Bil 177 Tarikh Kemaskini: 20 Jun 2009 |
 |
Setelah melalui pelbagai cabaran
dan rintangan sejak ditubuhkan 76
tahun yang lalu, Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) amnya dan
Tentera Darat (TD) khasnya turut
berubah mengikut peredaran zaman dan
cabaran masa kini.
Perubahan persekitaran
serantau dan di arena antarabangsa yang
nyata lebih kompleks dan mencabar memerlukan
TD lebih bersiap sedia bagi menghadapi evolusi
yang mendatang.
Ke arah meningkatkan
kesiapsiagaan ini, ATM amnya dan TD khasnya
sejak kebelakangan ini telah melaksanakan program-
program pengstrukturan atau
pengubahsuaian semula organisasi kita.
Amat
jelas bahawa hala tuju untuk TD dibentuk
sebagai sebuah angkatan yang kredibel, mudah
diaturgerakkan, versatil dan berdaya musnah
akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi.
Program-program sedemikian adalah perlu
kerana selain dari mengenali keupayaan-keupayaan
baru, TD harus membuat
penyesuaian kepada keperluan-keperluan
semasa agar dapat melaksanakan tugas-tugas
dengan efisien, baik dalam aspek pentadbiran,
latihan mahupun operasi/gerakan.
Sebagaimana yang telah diperkatakan, apa
yang ingin dicapai ialah untuk menjadikan TD
sebagai sebuah angkatan yang kredibel sejajar
dengan hasrat kerajaan menjadikan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘a strong and
effective deterrent force’.
Kementerian Pertahanan yang dipimpin oleh
Menteri Pertahanan dengan dibantu oleh
Timbalan Menteri Pertahanan mengandungi dua
perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan awam
dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kementerian ini bertanggungjawab terhadap
pelaksanaan Dasar Pertahanan Negara dan
segala pengurusan hal ehwal pertahanan serta
sumber-sumber yang disediakan kepada ATM
untuk mempertahankan negara.
Kedatangan Menteri Pertahanan baru, Dato’
Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri
Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad amat
dialu-alukan. Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi
dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baru
pada 10 April 2008 menggantikan Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
Apa yang diharapkan Dato’ Seri
Ahmad Zahid Hamidi dapat menerajui
Kementerian Pertahanan dengan sebaik
mungkin serta memahami aspirasi Angkatan
Tentera Malaysia dengan penuh minat.
Tun Abdullah telah bersara setelah
memegang jawatan sebagai Menteri
Pertahanan mulai 17 September 2008.
Beliau
hanya berada di Kementerian Pertahanan dalam
masa enam bulan sahaja, tempoh itu terlalu
singkat untuk beliau membuat sebarang
pembaharuan di dalam Kementerian
Pertahanan.
Sebagai Perdana Menteri dan Menteri
Pertahanan, umum sudah maklum bahawa
masa Tun Abdullah amatlah padat namun beliau
sudi melapangkan masa menyertai aktiviti dan
lawatan rasmi yang dianjurkan oleh
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.
Menteri Pertahanan yang dipertanggungjawabkan menjaga
hal-ehwal Angkatan Tentera Malaysia perlulah mempunyai
kebijaksanaan dalam perihal strategi ketenteraan dan mestilah
minat mengambil tahu perkembangan dunia ketenteraan yang
tidak lekang dari teknologi termaju dan sentiasa bersedia
membawa pembaharuan mengikut keperluan yang lebih
utama.
Warga ATM yakin dan percaya bahawa Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri
Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad sudah bersedia
menghadapi cabaran-cabaran semasa.
Kesinambungan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) tidak akan terhenti walaupun negara turut menerima
kesan daripada krisis ekonomi global.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
akan meneruskan segala perancangan memodenkan ATM
yang dilaksanakan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak memegang portfolio tersebut.
Beliau ingin melihat pada masa hadapan pasukan keselamatan ini mampu bertindak sebagai fasilitator, penjaga
keamanan dan pengawal selia dasar keselamatan.
“Usaha pemodenan yang telah dirangka sejak zaman Najib akan
diteruskan dan dipertingkatkan,” katanya pada perhimpunan bulanan
Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan.
Tambah beliau, ATM perlu sentiasa dipermodenkan agar selari dengan
cabaran dan berupaya memikul tanggungjawab menjaga keselamatan
negara.
Sehingga Mac tahun ini, sebanyak 86 peratus daripada
peruntukan keseluruhan untuk Kementerian Pertahanan di bawah
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah digunakan.
Bagi tujuan itu juga katanya, beliau akan memberi fokus utama pada
sistem pengurusan dan pentadbiran ATM.
“Sistem pengurusan Kementerian Pertahanan akan dititik berat
kerana kerajaan mahu melihat ATM moden secara sistematik,
komprehensif dan holistik.
“Sehubungan itu, soal kebajikan sumber manusia yang menjadi
tunjang kekuatan ATM perlu dipastikan agar sentiasa terbela,” katanya.
Menurut beliau, dengan perancangan rapi serta sistem
pemantauan teratur Kementerian Pertahanan berupaya melonjakkan
ATM ke tahap yang lebih moden dari sekarang.
Beliau amat menitikberatkan aspek kebajikan anggota tentera,
bekas anggota dan keluarga mereka akan menjadi keutamaan beliau
di kementerian itu.
Menurutnya, ia dilakukan bagi meneruskan
kesinambungan kepada usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak ketika beliau memegang portfolio tersebut.
Katanya, aspek kebajikan pegawai dan anggota yang sedang
berkhidmat dan telah menamatkan perkhidmatan, kebajikan keluarga
serta pendidikan anak-anak mereka akan terus diberi perhatian.
“Kita juga akan menerapkan pendekatan Islam dalam pentadbiran
bagi pegawai dan anggota beragama Islam, manakala bagi anggota
bukan Islam akan diteruskan dengan konsep ajaran agama yang dianuti mereka.
“Sebarang perubahan operasi akan dibincangkan antara Ketua
Setiausaha Kementerian, Timbalan Menteri dan Panglima Angkatan Tentera
Malaysia, manakala perubahan dasar yang lebih besar dan utama akan
dirujuk kepada Perdana Menteri,” katanya.
Menurut beliau lagi, beliau akan mengadakan beberapa perbincangan
lanjut selain meneliti beberapa doktrin pertahanan negara yang agak lama.
Menurutnya, ia bagi membolehkan pendekatan baru diterapkan,
bersesuaian dengan tuntutan global dan konvensyen antarabangsa.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga akan menjalin
kerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi memperkasakan lagi kadet
tentera di sekolah menengah.
Jelas beliau, ia bagi memastikan penglibatan
pelajar berkenaan dalam pasukan itu dapat membantu mengukuhkan lagi
institusi pertahanan negara.
Katanya lagi, pelajar cemerlang yang menyertai pasukan beruniform itu
juga dapat dikenal pasti untuk diserapkan ke peringkat pendidikan lebih
tinggi.
Menteri Pertahanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pengurusan tertinggi kementerian baik awam atau tentera yang telah
membuat persiapan terbaik bagi menyambut ketibaan beliau ke Kementerian
Pertahanan.
Kali pertama beliau melangkah masuk ke kementerian, beliau
amat berbangga melihat kerjasama dan semangat kerja berkumpulan yang ditunjukkan oleh semua warga kementerian sama ada pegawai dan
kakitangan awam atau tentera yang mana sedar atau tidak ianya telah
menaikkan lagi semangat saya untuk menerajui kementerian ini.
Ini merupakan cabaran bagi beliau untuk meneruskan legasi sebuah
kementerian yang unik dan saya akan meneruskan dasar-dasar yang sedia
ada dengan memberi keutamaan kepada budaya kerja yang berprestasi
tinggi.
PDF Keseluruhan Keluaran April 09 (Bilangan 177)
|
|
|
|
|
|