Segmen Utama

TPTD lawat Sel Psikologi dan Kaunseling TD
KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin dan rombongan mengadakan lawatan ke Sel Psikologi dan Kaunseling TD bertempat di bangunan bekas 95 Hospital Angkatan Tentera pada 11 Feb 2010. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sendiri ruang pejabat yang telah diduduki Sel Psikologi dan Kaunseling TD yang mana sebelum ini pegawai dan anggota sel tersebut ditempatkan bersama di Sel D&P, Cawangan Sumber Manusia TD. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang semakin meluas, Sel Psikologi dan Kaunseling TD sangat memerlukan ruang pejabat......
Tim TD johan Golf TD 2010
PORT DICKSON: 110 Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta Mantan Pegawai Kanan dan jemputan-jemputan khas menyertai Pertandingan Kejohanan Golf TD 2010 bertempat di sebuah kelab golf terkemuka Port Dickson selama tiga hari bermula pada 12 hingga 14 Mac 2010. Tim Tentera Darat berjaya mendapat tempat pertama dalam kejohanan tersebut bagi kategori berkumpulan yang mana majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zain......
TD Dulu, kini dan selamanya
Sejarah telah membuktikan pelbagai onak duri dan ranjau dilalui oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak dari zaman perang Jepun hinggalah ke peperangan insurgensi yang mana banyak penderitaan dihadapi oleh rakyat. Namun tidak terdetik sedikitpun oleh perwira-perwira negara untuk merungut di atas segala pengorbanan yang ditabur suatu ketika dahulu demi kesejahteraan negara, bangsa dan agama. Walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri melawan musuh sehingga ada yang terkorban. Biarlah kenangan pahit ditelan begitu sahaja dan tidak dikenang kembali dan hanya kenangan manis......
TD semakin matang setelah berusia 77 tahun
Kini usia Tentera Darat menjangkau 77 tahun yang mana suatu ketika dahulu ianya bermula dengan sebuah angkatan peperangan insurgensi, namun kini TD kini berubah menjadi sebuah angkatan konvensional yang moden dan berkemampuan dalam menangani pelbagai spektrum ancaman. Pembangunan aset yang terancang telah memperlihatkan keupayaan TD sebagai sebuah organisasi yang highly mobile, combat ready, versatile, sustainable and capable serta berupaya menjadi sebuah ketumbukan yang decisive selain mampu melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi.......


PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF