Seksyen LAIN-LAIN

JIWA MURNI - Terima Kasih TD (Khamisah)
Tanpa bantuan dari Tentera Darat (TD) bagi membantu membina rumah yang idamkan oleh Allahyarham suami dan saya tidak akan tercapai. Oleh itu, saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat pegawai dan anggota dari 2 Skn Rejimen Askar Jurutera 2 Divisyen (2 Skn RAJD) yang banyak berjasa kepada kami. Demikian menurut isteri Allahyarhan Sjn Abdul Samad, Khamisah Osman, 38, ketika ditanya mengenai perkembangan rumah yang diduduki sekarang oleh beliau bersama tiga anaknya iaitu Muhamad Najib, 12, Nurul Najiha,10 dan Nurul Najwa, 9.......
LATIHAN - Persiapan Latihan LATGABMA MALINDO DARSASA
Unit Lawan Keganasan (ULK) 11 Rejimen Gerak Khas bersama Elemen Bantuan Tentera Darat (TD) diaturgerakan ke kawasan Stadium Hang Jebat, Melaka untuk membebaskan tebusan orang kenamaan ketika menyaksikan satu perlawanan bola sepak yang di tawan oleh pengganas lebih kurang jam 1135 pagi pada 18 Mac 2010. Dengan keadaan cuaca yang amat panas pada suhu 25 darjah celcius tidak menjadi penghalang kepada anggota ULK dan Bantuan TD untuk mengepung dan berbincang dengan pengganas bagi mengetahui keadaan sebenar untuk menyerbu dan membebaskan tahanan......
Tuk Wan - Lagi-lagi Masalah Pesara…alahai!
Salam sejahtera kepada semua! Isu kali ini Tok Wan ingin berkongsi masalah seorang pesara tentera yang diluahkan di dalam Harian Metro pada 25 Feb 2010 bertajuk Pesara Tentera di Seremban tuntut pembelaan (kalau ingin pengesahan semaklah di dalam akhbar ini, Tok Wan memperolehi artikel ini dari internet). Mengikut luahan pesara ini (seorang bekas pegawai ) beliau meminta jasa baik KEMENTAH supaya memberikan pencen hilang upaya untuk meringankan beban beliau sekeluarga yang terpaksa ditanggung sejak hampir 13 tahun lalu.
Bekas pegawai tentera ini telah berkhidmat selama 12 tahun.........
Kesihatan - Kecederaan Bahagian Mulut
Kecederaan bahagian mulut sering berlaku ketika bersukan atau apabila terlibat di dalam kemalangan. Kajian menunjukkan antara 15 hingga 40 peratus kecederaan di bahagian mulut berlaku semasa bersukan terutama aktiviti sukan lasak seperti tinju, hoki, papan luncur, kasut roda dan lumba basikal. Langkah-langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan pada muka serta bahagian mulut di mana kecederaan yang berlaku seringkali boleh mengakibatkan kecacatan kekal..........
Perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta dikenang sepanjang zaman
Hidup tak selamanya indah. Kadang kala kita diuji olehNya untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan pengorbanan orang yang berada di samping kita. Walau apa pun yang berlaku kita sebagai umatnya harus tabah menerima segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Keharmonian yang kita kecapi sekarang hasil perjuangan orang-orang lama dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta haruslah dikenang sepanjang zaman. Tiada yang dapat menggembirakan kita apabila dapat hidup dalam suasana aman damai tanpa ancaman dari pihak komunis.....
Agama - Berjudi menjurus manusia kepada kelalaian, syirik
Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda. Perjudian di negara kita amnya diamalkan dalam pelbagai bentuk antaranya menggunakan dadu, daun terup, jackpot, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot yang popular kini roulatte atau nombor ekor. dan lebih canggih lagi, zaman sekarang berjudi turut diamalkan dengan mudah melalui internet.....


PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF