Bersama Pemimpin

Lipatan sejarah momentum kejayaan RSD
Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhris Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menghadiri Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun RSD Ke-57 di Dataran PTD, Kem Sungai Besi pada 19 Nov 2009. Pada ucapan perbarisan tersebut, baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat serta seluruh warga RSD yang telah berusaha dengan gigihnya untuk menjayakan Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja kali yang Ke-57.....
153 Berjaya Menamatkan Latihan
SELANGOR: 153 termasuk enam anggota wanita berjaya menamatkan Latihan Kem Tahunan Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 Rejimen Askar Jurutera Diraja Askar Wataniah (RAJD AW) Siri 1/2010 bagi Zon Tengah Skuadron (Skn) Selangor dan Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2, Bukit Badong, Kuala Selangor pada 23 Mac 2010. Turut hadir pada majlis tersebut Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin, Kolonel Kehormat 60 RAJD AW, Tan Sri Rozali Ismail dan beberapa Pegawai Kanan TD.....
Makan Malam Rejimental sempena HUT TD Ke-77
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia kini begitu matang setelah berusia 77 tahun seiring membangun dengan pembangunan negara dan di masa yang sama satu Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-77 diadakan bertempat di sebuah hotel terkemuka pada 5 Mac 2010. Majlis yang dimulakan dengan nyanyian lagu Gagah Setia oleh Koir Pegawai mendapat penghormatan dari para pegawai serta isteri dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin yang mengucapkan syabas dan terima kasih ......
Tahlil sempena HUT TD Ke-77
KUALA LUMPUR: Seramai 1500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Markas Tentera Darat, Markas 4 Divisyen (4 Div) dan Markas 12 Briged (12 Bgd) terlibat dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Solat Jumaat yang diadakan bersempena menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-77 bertempat di Masjid Wardieburn pada 5 Mac 2010........
Klinik Pergigian Bergerak bantu warga tentera
KLUANG: Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi julung kalinya melakukan lawatan kerja sehari ke sebuah pasukan di bawah naungan MK GAPU iaitu 33 RAD, Kem Mahkota, Kluang pada 20 Mac 2010. Ketibaan Menteri Pertahanan di Wisma Mahkota menggunakan helikopter Agusta telah disambut oleh Panglima GAPU, Mej Jen Dato’ Husin Md Tahak dan Ketua Staf Markas GAPU, Lt Kol Zulkarnain Abu Bakar. Menteri Pertahanan diberi tabik hormat dan telah membuat pemeriksaan kawalan kuarter daripada 33 RAD di Wisma Mahkota serta diperkenalkan kepada pegawai kanan dan pegawai yang hadir. Menteri Pertahanan seterusnya bergerak ke Wisma PERUDA 33 RAD dan telah disambut oleh Pegawai Memerintah 33 RAD, Lt Kol Ismail Suarno.

PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF