 |
SHUTTER
SPEED atau kelajuan shutter, mempengaruhi tempoh
masa filem atau sensor didalam kamera terdedah kepada cahaya.
Ini lazimnya dilakukan
dengan menggunakan bidai atau shutter curtain yang membuka dan menutup mengikut kelajuan yang diperlukan oleh jurugambar.
Tempoh bukaan bidai ini dikenali
sebagai kelajuan shutter atau shutter speed.
Sebagai contoh, jika jurugambar memilih untuk menggunakan
kelajuan shutter speed 125, filem atau sensor akan terdedah kepada cahaya selama 1/125 per saat.
Seperti juga aperture, shutter speed mempunyai incrementnya sendiri dan lazimnya dirujuk dalam nisbah per saat dalam faktor 1/2.
Disebabkan ini, maka kebiasaannya shutter speed kerap dirujuk dalam 1/2s, 1/4s,1/8s .1/8000s.
Seperti yang telah dibincangkan diatas, jika seseorang pengguna memilih shutter speed 1000, ini bermakna,
shutter speed ialah 1/1000 per saat.
Dalam pada masa yang sama, shutter speed bukan sahaja terhad pada tahap atau range yang laju sahaja.
Shutter speed juga terdapat dalam kelajuan yang perlahan atau long exposure.
Ini kerap dirujuk dalam saat tempoh kelajuan shutter seperti 1s, 2s, 4s,8s atau B.
Jika pengguna memilih shutter speed 8, ini bermakna, tempoh bukaan shutter adalah 8 saat.
Jika pengguna memilih abjad B pula, tempoh bukaan shutter terletak sepenuhnya di atas jurugambar itu sendiri.
Ini bermaksud, shutter akan buka bila shutter realese ditekan dan akan kekal terbuka selagi punat
shutter itu tidak dilepaskan.
Ini lebih dikenali sebagai BULB mode.
Pengunaan B adalah bagi tujuan merakam cahaya bukannya objek yang bergerak.
Sebagai rule of thumb, pemilihan shutter speed adalah digalakkan pada satu tahap diatas focal length lensa yang digunakan.
Ini bertujuan untuk menggelakkan kekaburan disebabkan oleh camera shake.
Sebagai contoh, jika focal length lensa ialah 200mm, shutter speed yang harus digunakan ialah 1/250s.
Jika shutter speed ini tidak dapat diperolehi, penggunaan tripod atau lain-lain jenis alat sokongan amatlah digalakkan untuk menghindarkan dari kesan camera shake ini.
Walaupun terdapat lensa-lensa sekarang yang mempunyai vibration reduction (VR) atau image stablisation
(IS) untuk mengurangkan kesan camera shake, pengguna harus peka dan berhati-hati dalam pemilihan
shutter speed.
Pemilihan shutter speed juga terletak kepada komposisi dan imej yang dikehendaki oleh pengguna.
Jika kita hendak ‘membekukan’ atau ‘freeze’ sesuatu aksi dalam sukan atau kehidupan liar (wild life), penggunaan shutter speed 1/250s ke atas adalah wajar.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|