 |
Tyre Rotation atau Pusingan Tayar adalah salah satu tindakan
yang perlu dilakukan oleh pemandu di dalam memastikan
kadar penggunaan tayar dapat dimaksimumkan dan tahap kehausan tayar sekata.
Namum
begitu, ia menjadi satu dilema kepada para pemandu kerana memikirkan
ketiadaan peralatan yang sesuai dan tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan tugas tersebut.
Oleh itu, Jabatan Arah Kor Perkhidmatan
Diraja telah mengambil inisiatif untuk membuat perolehan perenggu yang bersesuaian untuk melaksanakan tugas tersebut.
Selaras dengan itu, satu peralatan
iaitu Torgear Big Wrench atau juga dikenali sebagai perenggu giar daya kilas buatan Jepun telah diperolehi pada tahun 2008.
Peralatan
ini dibekalkan oleh Syarikat Nuinfra Consolidated Sdn Bhd kepada
semua pasukan-pasukan KPD.
Ia mampu untuk membuka nut roda pada kenderaan berat dengan mudah
tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
Peralatan ini digunakan
dengan cara manual iaitu tanpa menggunakan punca kuasa elektrikal mahu pun air compressor.
Dayakilas mengetat maksima adalah 600Nm manakala output maksima yang dikeluarkan adalah tinggi iaitu 5000Nm.
Berat peralatan ini adalah 8 kg dan sehubungan dengan itu, Kursus
Pengenalan dan Pengendalian Heavy Duty Wrench telah dilaksanakan.
Apa yang paling ketara semasa kursus ini dijalankan adalah peralatan ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja semasa membuka tayar.
Sebagai contoh, penggunaan peralatan konvensional untuk membuka
nat roda kenderaan Sibmas 6x6, RPZ Condor Twin GPMG Trak 3 Ton Hicom dan Trak 6 Ton Volvo Kembalik hanya menggunakan tenaga seorang anggota untuk membuka dan memasang semula semua nut pada roda kenderaan berkenaan dengan catatan masa yang diambil adalah tiga minit untuk
membuka dan lima minit untuk mengikat semula nut roda ini.
Alat ini memberi kemudahan
pada anggota untuk melaksanakan tugas dan tidak membahayakan semasa melaksanakan kerja-kerja membuka dan memasang.
Sebelum ini, proses tersebut memerlukan tiga anggota untuk membuka nut pada roda kenderaan dan lebihan tenaga diperlukan terutama
semasa mengetatkan semula nat pada roda tersebut jika menggunakan
peralatan yang sedia ada di pasukan.
Selain dari penggurangan jumlah anggota dan tenaga kerja yang ketara dapat dikurangkan semasa membuka tayar, ia mudah dikendalikan
dan dibawa tanpa memerlukan
peralatan sokongan.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|