Info
KT Tidak Melantik Ejen Urus Pinjaman
Penulis: Tim BTDM  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
Gambari: Tim BTDM
+ Email Artikel Ini!

Tuan Pengarang,

Merujuk kepada ruangan surat pembaca yang disiarkan dalam Berita Tentera Darat (BTDM) Bilangan 185 Februari 2010, Koperasi Tentera (KT) telah dikecam melaksanakan pemberian pembiayaan yang tidak beretika dan sekaligus mendedahkan bahawa KT telah gagal mencapai matlamat untuk membantu anggota-anggotanya.

Menurut artikel berkenaan secara khususnya, surat pembaca tersebut telah mengetengahkan empat isu utama iaitu: anggota tentera ditipu oleh Skim Pinjaman Islamik yang dijalankan oleh KT dengan bantuan ejen/ulat.

Kedua, anggota boleh dapat pinjaman RM100,000 daripada KT walaupun tidak layak.

Ketiga, pinjaman diberi sehingga 20 tahun.

Keempat, KT melarang institusi kewangan lain memberi pinjaman kepada anggota tentera.

Artikel ini seterusnya secara tidak langsung merumuskan bahawa KT adalah organisasi yang mengamalkan pengurusan yang tidak beretika dan telah gagal mencapai matlamat untuk mejaga kebajikan anggota.

Bagi membetulkan artikel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera; Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) menafikan tuduhan-tuduhan tersebut serta menganggap ia satu pandangan yang tidak benar dan mengelirukan.

Beliau secara terperinci telah menjelaskan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan seperti berikut:-

Soalan 1: Benarkah Koperasi Tentera melantik ejen/ulat untuk menguruskan pembiayaan? Jawapan : Tidak benar.

KT tidak pernah melantik ejen, syarikat atau broker untuk menguruskan pembiayaan anggota.

Malah penafian ini telah dibuat berbilang kali dalam penyata tahunan anggota, sms, melalui ceramah yang dijalankan di unit dan pasukan serta poster-poster yang ditampal di seluruh cawangan.

Tumpuan KT adalah untuk mempertingkatkan tahap kecekapan di dalam proses meluluskan pembiayaan.

Sehingga kini KT telah berupaya meluluskan permohonan pembiayaan dalam tempoh antara 2 jam dan maksima 5 hari sahaja.

Mengikut penyiasatan, apa yang berlaku adalah timbul segelintir individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan dengan komisyen-komisyen yang tertentu seolah-olah ingin menolong atau mempercepatkan proses pembiayaan.

Sekiranya pembiayaan diluluskan, mereka ini akan memperolehi komisyen seperti mana yang mereka tuntut dan jika pembiayaan itu tidak diluluskan mereka akan berpindah kepada lain-lain agensi untuk dapatkan pembiayaan dan seterusnya mengaut keuntungan serta mendapat faedah dari penipuan ini.

Soalan 2 : Adakah Koperasi Tentera meluluskan pembiayaan RM100,000 walaupun anggota tidak layak?

Jawapan : Mustahil perkara ini boleh berlaku kerana syarat asas kelayakan maksima adalah adalah 20 kali jumlah pendapatan anggota dan tertakluk kepada had maksima RM100,000 serta potongan 40%.

Ini bermakna anggota yang mempunyai gaji RM5,000 ke atas sahaja yang layak membuat pembiayaan RM100,000.

Mengikut rekod, terlalu sedikit bilangan anggota yang telah diluluskan pembiayaan iaitu sebanyak 0.

15% daripada keseluruhan jumlah pembiayaan tunai yang dikeluarkan dalam tahun 2009.

Perbezaan syarat ini dapat dilihat dengan ketara melalui jadual yang disertakan.

Soalan 3 : Benarkah Koperasi Tentera telah memanjangkan tempoh pembiayaan kepada 20 tahun?

Jawapan : Sama sekali tidak benar kerana syarat bayaran balik adalah dalam tempoh 10 tahun sahaja dan itupun tertakluk kepada tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) anggota.

Untuk makluman, syarat baru bagi melanjutkan tempoh pembiayaan kepada 15 tahun baru sahaja dilulukan oleh Anggota Lembaga namun masih belum dilaksanakan lagi.

Soalan 4 : Adakah benar Koperasi Tentera menyekat institusi kewangan/ bank untuk memberi pembiayaan kepada anggota berpangkat rendah?

Jawapan : Tidak benar kerana KT tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana bank untuk memberikan pembiayaan kepada anggota.

Hakikatnya bank mempunyai syarat mereka sendiri termasuk mengukur profil risiko serta keupayaan membayar balik oleh peminjam.

Pada masa ini secara purata KT menerima bayaran balik penyelesaian baki pembiayaan anggota dari bank sebanyak RM15 juta sebulan.

Pada tahun 2009 sahaja, jumlah bayaran penyelesaian (dari bank) yang dibuat oleh anggota berjumlah RM156 juta.

Sekiranya benar KT mempunyai kuasa melarang anggota membuat pembiayaan dari bank lain, maka tentunya KT tidak akan menghadapi masalah seperti ini.

Soalan 5 : Adakah benar Koperasi Tentera tidak beretika dalam menjalankan urusniaga?

Jawapan : Ini adalah satu rumusan yang janggal dan tidak berasas.

Mana mungkin perkara ini boleh terjadi sedangkan KT telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak yang mencerminkan ketinggian tahap profesionalisma pengurusan.

Ini tidak termasuk wang zakat yang dibayar kepada tabung-tabung zakat ATM pada setiap tahun.

Justeru itu, adalah diharapkan agar anggota tidak keliru dengan tomahan ini.

Anggota dinasihatkan untuk berurusan terus dengan KT dan sekiranya tidak berkesempatan anggota boleh menghantar borang secara pos.

Ini bagi mengelakkan anggota berurusan dengan ejen, syarikat atau broker yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa menunggu peluang untuk menipu anggota.

Hakikatnya koperasi ini adalah milik anggota dan ianya menjadi kewajipan bagi KT untuk sentiasa melindungi kebajikan semua anggota.

KT juga sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumbalas dari anggota, samada ianya merupakan aduan, permintaan, syor, komen dan pandangan; ianya sangat dihargai dan sentiasa diberi perhatian yang serius kerana kejayaan koperasi Antara anugerah yang diterima ialah dinobatkan sebagai Koperasi Kredit Terbaik, Anugerah Koperasi Negara, Anugerah Kualiti Perdana Menteri dan banyak lagi.

KT juga merupakan satu-satunya Koperasi setakat ini yang mendapat rating tertinggi (rating 1) dalam Audit Wajar yang dijalankan oleh Bank Negara bersama Jabatan Pembangunan Koperasi.

Selain itu, KT turut mendapat pengiktirafan dan kepercayaan dari institusi perbankan yang besar dan ternama samada di dalam atau di luar negara sehingga KT berupaya mendapat kemudahan tanpa cagaran dari institusi-institusi tersebut.

Sekiranya KT mempunyai pengurusan yang tidak beretika, mustahil KT boleh mendapat pengiktirafan dan keistimewaan tersebut.

Malahan KT juga sering menjadi tempat rujukan dan latihan oleh pihak-pihak tertentu seperti Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Angkasa dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Soalan 6 : Apa pandangan YBhg Dato’ tentang rumusan bahawa Koperasi Tentera tidak mencapai matlamat untuk menjaga kebajikan anggota?

Jawapan : Itu adalah rumusan yang salah dan tidak tepat sama sekali.

Untuk makluman, segala aktiviti Koperasi adalah berpaksikan kebajikan dan kepentingan anggota.

Ingin saya jelaskan bahawa semenjak 5 tahun kebelakangan ini sahaja, Koperasi telah memberi pulangan terus sebanyak RM430 juta kepada anggota melalui bayaran dividen, pulangan atas simpanan, Rebat Kesetiaan, Sumbangan Bakti, Derma Am, bayaran Khairat Kematian dan juga pampasan Insurans.

PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF