Jika tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya sebuah pepatah yang begitu
mendalam ertinya yang membawa maksud, setiap apa yang dilakukan oleh seseorang itu haruslah bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua bidang
yang diceburi.
Sudut Inspirasi kali ini menemubual
seorang pesara tentera yang telah berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Sikapnya yang rendah diri serta cepat mesra membuatkan
beliau mudah ditemubual.
Ikutilah wawancara wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) Kpl Shamsul Zaidi Zolkoffly dan jurugambar
Sjn Kamarulzaman Ariffin yang berkesempatan menemuramah
dengan seorang pesara tentera
PW2 Sujipto Supardi (Bersara) berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
PW 2 Sujipto Supardi (B), bukanlah
nama yang terkenal yang biasa didengar seperti wakil rakyat, tetapi jika di Jitra, Kedah pasti akan tersenyum bila menyebut namanya ditambah pula sikapnya yang ramah
membuatkan beliau disenangi oleh rakan dan penduduk setempat yang mengenalinya.
Anak kelahiran Tawau, Sabah, pada usia remajanya begitu meminati
bidang ketenteraan dan pada tahun 1971 merupakan satu detik perubahan yang besar dalam hidupnya kerana beliau terpilih menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut (PLR) di Port Dickson selama enam bulan yang telah memberikan
beliau satu impak yang besar dalam hidupnya.
Apabila tamat latihan, beliau telah diserapkan ke Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang dahulunya terletak di Kem Kepala Batas.
Ketika beliau berkhidmat,
beliau begitu komited dengan tugas dan bertanggungjawab dengan apa jua yang diamanahkan oleh pihak atasan kepadanya.
Mungkin seseorang itu sukar untuk membuat
sesuatu keputusan dalam satu-satu hal, tetapi bagi PW 2 Sujipto Supardi (B), apa yang diperlukan sekarang adalah persiapan untuk menempuh cabaran yang ada diluar, itu adalah perkara pertama
yang harus difikirkan.
Semasa Kursus Peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan beliau telah membuat keputusan untuk mendalami kemahiran kimpalan dan fabrakasi logam di Pusat Giat Mara, Jitra selama satu tahun dan setelah tamat, beliau ditawarkan oleh pusat tersebut untuk menjaga satu bengkel yang ada dan menjadi pelatih di bahagian inkubater.
Selama enam bulan menjalani latihan praktikal, akhirnya beliau kini yakin untuk berdiri diatas kakinya sendiri dengan membuka bengkelnya
sendiri dengan berbekalkan
modal permulaan sebanyak RM40,000 hasil wang pencen setelah tamat perkhidmatan dengan Angkatan
Tentera Malaysia.
Dengan wang tersebut serta tapak yang disewa dari individu tertentu sebanyak RM500 sebulan, beliau mula membeli peralatan-peralatan yang penting untuk memudahkan beliau dalam kerja yang akan dilakukan dan dengan bantuan dua orang pekerja yang digajinya, beliau mula mencari tender
dengan mengedar risalah di kawasan
perumahan yang baru dibina serta di jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan perkhidmatan beliau untuk memasang pagar dan orwning yang baru.
Selain daripada itu juga, beliau turut menerima tempahan daripada ADUN, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK), sekolah-sekolah serta kilang di kawasan Jitra untuk membuat pagar.
“Mula-mula saya membuka kedai, saya terpaksa bekerja lebih keras daripada pekerja saya kerana untuk mendapatkan kualiti yang baik agar dapat memuaskan hati pelanggan-pelanggan saya.
”
“Ramai kawan yang memberi semangat kepada saya dan tidak kurang juga yang ingin menjatuhkan saya, tetapi berkat usaha saya serta isteri yang tak pernah jemu memberi dorongan membuatkan perniagaan saya kekal hingga ke hari ini,” katanya
sambil memandang isteri beliau, Mariam Sharif, yang sentiasa di samping beliau.
Apabila perniagaan beliau semakin maju, PW 2 Sujipto telah membuat pinjaman bank sebanyak RM50,000 untuk menambah peralatan
bengkelnya supaya barang yang dikeluarkan oleh bengkelnya adalah barang yang berkualiti.
Pada awalnya beliau begitu takut hendak membuat pinjaman bank kerana tiada keyakinan untuk membayar semula kepada bank, tetapi setelah beliau lihat bengkel yang sentiasa menerima tempahan
dari orang ramai dan akhirnya beliau memutuskan untuk membuat pinjaman dan berjaya membina sebuah lagi bengkel di atas tapak tanahnya sendiri.
Kini beliau boleh menarik nafas lega dengan sepuluh orang pekerja
yang dapat membantu beliau
dibengkel apabila mendapat tempahan dari pelanggannya dan beliau bersyukur kepada tuhan dengan
pengorbanan dan usahanya selama ini membuahkan hasil yang lumayan serta dapat menyara keluarga
serta dapat memberi pendidikan
ilmu kepada anak-anak hingga ketahap tertinggi.
Dengan dua bengkel yang diusahakan
olehnya, pendapatan bulanan beliau boleh mencecah sehingga RM60,000 hasil daripada usaha kerasnya dan berharap perniagaan tersebut dapat diwarisi kepada anak-anak beliau.
Beliau juga turut berpesan kepada
bakal-bakal pesara agar berani mencuba sesuatu yang baru dan yakin pada diri sendiri dalam membuat
sesuatu keputusan yang melibatkan
masa depan diri sendiri serta keluarga kerana ramai pesara yang berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan ramai juga pesara yang hidup merempat dan apa yang penting adalah usaha dahulu
dengan wang imbuhan yang diterima daripada pihak kerajaan.
Ramai bekas tentera yang datang berjumpa beliau dan meminta
bantuan kewangan untuk menyara anak mereka yang masih
bersekolah dan beliau dapat membantu setakat mana yang termampu sahaja dan banyak kali juga beliau ditipu oleh mereka.
Sebelum mengakhiri perbualan beliau berharap kepada anggota yang akan bersara nanti dapat membuat persediaan yang lebih untuk bersaing di dunia luar agar mendapat kejayaan di masa depan dan yang paling penting adalah usaha dan semangat tidak pernah kenal putus asa amatlah penting untuk memastikan apa yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang lumayan.
Apa yang dapat kita lihat di sini, duit adalah perkara yang kedua untuk
seseorang itu untuk berjaya, apa yang lebih penting adalah usaha keras seseorang itu untuk berjaya dalam satu-satu bidang yang diceburinya.