Jiwa Murni
Terima Kasih TD- Khamisah
| Penulis: PW 2 Zaini Hj Abd Ghani (Bersara) Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010 |
| Gambar: Kpl Abu Talib Abu Bakar |
| + Email Artikel Ini! |
 |
Tanpa bantuan dari Tentera Darat (TD) bagi membantu membina rumah yang idamkan
oleh Allahyarham suami dan saya tidak akan tercapai.
Oleh itu, saya sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat pegawai dan anggota dari 2 Skn Rejimen Askar Jurutera 2 Divisyen (2 Skn RAJD) yang banyak berjasa kepada kami.
Demikian menurut isteri Allahyarhan
Sjn Abdul Samad, Khamisah Osman, 38, ketika ditanya mengenai perkembangan rumah yang diduduki
sekarang oleh beliau bersama tiga anaknya iaitu Muhamad Najib, 12, Nurul Najiha,10 dan Nurul Najwa, 9.
Khamisah yang bertugas sebagai
guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Perak, Batu Kurau tidak mempunyai masalah untuk berulang alik dari rumahnya ke sekolah lebih kurang 3 kilometer jarak perjalanan.
Rumah yang dibina oleh 2 Skn RAJD Div pada asalnya dengan kos RM45,000 yang dibina pada 22 Jan 2006 dan siap sepenuhnya pada bulan April 2006 yang mempunyai tiga bilik tidur dijaga dengan baik hinggalah sekarang.
“Buat masa sekarang rumah saya sudah dibesarkan di bahagian
dapur termasuk buat satu bilik tidur dan tempat parkir kereta yang diupah kepada orang kampung.
Namun dari segi kerja, kualiti kerja yang dilaksanakan oleh anggota tentera jauh lebih baik.
“Dari segi masa pula, orang awam tidak mengikut masa yang ditetapkan berbanding dengan anggota tentera yang pentingkan masa,” katanya.
Menimbas kembali, Allahyarham Sjn Abdul yang bertugas di unit terakhir di 72 Bekalan Ordnans Diraja meninggal dunia kerana diserang penyakit Septicaemic Shock With Multiorgan Failure semasa menjalani latihan di Gerik.
Allahyarham mula berkhidmat pada 22 Jun 1989 selama 14 tahun.
Bagi mengenang jasa yang dicurahkan
oleh allahyarham, maka TD tidak lupa dengan membalas jasa Allahyarham dengan membantu balu allahyarham dengan membina
rumah di kampung halaman Khamisah.
Buat masa sekarang Khamisah dan tiga orang anaknya boleh berbangga
menduduki rumah yang begitu indah, selesa dan tidak sia-sia sumbangan yang diberi oleh 2 Skn RAJD.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|
|