Info
Notis Amaran Yang Tak Releven
Penulis: Tim BTDM  Tarikh Kemaskini: 18 Mac 2010
+ Email Artikel Ini!

Tuan Pengarang,

Saya sungguh kecewa dengan sikap Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang bertanggungjawab dalam pengurusan pakir kenderaan tidak mempunyai sikap tanggungjawab untuk mengatasi kesesakkan pakir bertingkat yang begitu ketara buat masa sekarang.

Luahan ini terpaksa saya siarkan dalam BTDM kerana buat masa sekarang langsung tidak ada perubahan yang mereka buat dan untuk pengetahuan umum masalah pakir ini sudah keluar dalam BTDM Bil 181 Ogos 2009 yang bertajuk Kecewa Dengan Pihak Pengurusan Pakir KEMENTAH tetapi sehingga sekarang langsung tiada perubahan dan pihak pengurusan pakir hanya mendiamkan diri seperti mahu melarikan diri dari sebarang masalah yang mereka hadapi.

Pada pandangan saya, pihak pengurusan pakir harus berkerjasama dengan unit 104 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bagaimana untuk mengatasi kekurangan pakir.

Ini tidak, dahlah pakir tak cukup anggota 104 KPTD terpaksa menjalankan tugas dengan arahan Pegawai Pemerintah mereka agar mengeluarkan notis amaran kepada pemandu yang ingkar yang meletakkan kenderaan mereka yang menghalang kenderaan lain.

Oleh itu, saya harap agar Pegawai Memerintah 104 KPTD turun padang lihat dengan mata sendiri jangan memberi arahan sahaja.

Lainlah Pegawai Memerintah disediakan kenderaan termasuk pemandu jadi tidak ada masalah, bagi kami yang membawa kenderaan sendiri setiap hari terpaksa menghadapi masalah pakir setiap hari berkerja.

Di sini saya ingin memberi cadangan pada pihak pengurusan pakir agar sediakan ruang pakir yang mencukupi untuk warga KEMENTAH dan kalau cukup ruang dan masih ada kenderaan yang masih meletakkan kenderaan sesuka hati barulah boleh ambil tindakan.

Ini tidak, saya yang sudah lama berkhidmat di KEMENTAH tak faham apa tugas yang dijalankan oleh pihak pengurusan pakir dan 104 KPTD sehingga sekarang langsung tidak ada tindakan yang mereka ambil kepada pemilik kenderaan yang masih degil menggunakan pakir bertingkat KEMENTAH untuk menyimpan kenderaan mereka yang tidak mempunyai cukai jalan, pelekat KEMENTAH, kenderaan buruk dan kenderaan yang tidak tahu siapa pemiliknya termasuk kenderaan tentera dan kenderaan rasmi KEMENTAH disimpan di pakir bertingkat yang dikhaskan untuk kakitangan Wisma Pertahanan.

Kalau dilihat pada belakang notis amaran yang dikeluarkan oleh 104 KPTD terdapat 14 senarai kesalahan-kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh 104 KPTD jadi saya hendak tanya kepada Pegawai Pemerintah 104 KPTD adakah 104 KPTD melaksanakan tugas dengan sepenuhnya atau melepaskan batuk di tangga atau lebih sedap lagi seperti cakap tak serupa bikin dengan tidak mengarahkan kepada anggotanya agar melarang kepada semua pemilik kenderaan tidak meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di sekitar kawasan Wisma Pertahanan termasuk tempat kenderaan OKU.

Atau, Pegawai Pemerintah 104 KPTD hanya mengarahkan anggotanya mengeluarkan notis amaran di pakir bertingkat sahaja.

Jadi pada saya, ini dia tidak adil sebab kenderaan yang pakir bertingkat semua mempunyai pelekat KEMENTAH dan yang tidak mempunyai pelekat faham-faham sahajalah itu tugas104 KPTD untuk menyekatnya.

Kepada pegawai dan staf Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Awam Pengurusan Pakir Kenderaan dan 104 KPTD tunaikanlah tanggungjawab anda yang diamanahkan dengan jujur.

Bak kata pepatah, ada telinga dengar aduan orang ramai, ada mata jangan jadi mata ikan kering, jadi ambillah tindakan untuk kebaikan kita bersama.

Warga KEMENTAH Bosan dengan Pengurusan Pakir dan 104 KPTD


PDF Keseluruhan Keluaran 183

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF