Kewajipan terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapa tidak harus diabaikan oleh semua lapisan masyarakat, ianya tidak terikat kepada agama mahupun bangsa malah perkara sebegini harus
dititik beratkan dalam kehidupan kita untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan.
Begitu juga dalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dahulunya, Potongan Paksa hanya ditekankan
kepada anggota bawahan iaitu Lain-lain Pangkat (LLP), namun baru-baru ini satu arahan Perlaksanaan Peruntukan Paksa kepada pegawai ATM telah dikeluarkan kepada semua pegawai berkuatkuasa mulai 1 Okt 2009.
Dalam arahan perlaksanaan itu, kadar Peruntukan
Paksa adalah ditetapkan sebanyak sepuluh peratus daripada gaji pokok untuk setiap pegawai sebagaimana yang ditetapkan oleh Markas Angkatan
Tentera Darat Malaysia.
Secara keseluruhan
dari analisa dan tinjauan yang dibuat oleh wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) peruntukan paksa kepada pegawai Angkatan Tentera Malaysia ini amat dipersetujui.
Ini kerana kesimpulan yang diperolehi menyatakan
agar potongan paksa ini wajar dilaksanakan
dari awal lagi seiring dengan anggota LLP yang mana ia mula diperkenalkan sejak dari tahun 1975.
Biarpun jumlah yang dipotong untuk isteri-isteri hanya kecil, namun ianya memberi kepuasan kepada isteri untuk merasai hasil titik peluh suami.
Walaupun isteri ada yang bekerja namun peruntukan yang dipotong ini dapat dijadikan simpanan
untuk masa hadapan keluarga.
Bagi isteri yang tidak bekerja potongan ini dapat membantu mereka dalam merancang perbelanjaan keperluan harian dan anak-anak.
Sebagai umat Islam, seorang suami yang merupakan ketua keluarga adalah bertanggungjawab
di dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam firmannya dalam surah Ath-Thalaaq, ayat 7, suami adalah bertanggungjawab
memberikan nafkah kepada tanggungannya
iaitu isteri dan anak-anak.
Nafkah yang dimaksudkan ialah menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak saperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Untuk mengetahui samada pegawai-pegawai bersetuju atau tidak saranan Potongan Paksa Pegawai ATM, ikuti tinjauan pendapat yang dilakukan
oleh anggota LSK dari BTDM iaitu Kpl Zulhairin Osman, LKpl Sheikh Ahmad Faizal Sheikh Abd Rahman, LKpl Kerry Wong, LKpl Akhtar Ahmad, Pbt Anas Azahari dan Pbt Syarifah Noor Idayu.
Menurut Kol Mohamad Zaki Hamzah, Ketua Staf Mk Latihan, beliau bersetuju dengan polisi ini seratus peratus, banyak kebaikan diperoleh dengan Peruntukan Potongan
Paksa kerana dengan kaedah ini secara tidak langsung kita dapat menabung sekiranya kita mempunyai
isteri yang bertanggungjawab.
“Dari dulu lagi potongan ini patut dilakukan kerana pegawai juga ada yang terlibat dengan pelbagai
permasalahan-permasalahan seperti berjudi, kaki perempuan, joli duit ke arah yang tak bermoral dan sebagainya.
“Bagi saya, kadar sebanyak 10 peratus adalah amat sedikit untuk diperuntukan kepada isteri, pada pendapat saya 25 peratus adalah amat wajar kerana bagi saya duit yang kita potong itu tak kemana, ini kerana dengan pemberian tersebut golongan isteri turut dapat merasai kenaikan gaji suami ini kerana apabila suami mendapat kenaikan tangga gaji ia akan di potong paksa mengikut gaji kasar pendapatan,” jelasnya.
Lt Kol Ahmad Marzukee Abdul Manaf, Pegawai Staf Satu Rancang Mk Latihan berpendapat, ianya patut dilaksanakan dari dulu lagi kadar Peruntukan Potongan Paksa sebanyak 10 peratus adalah sebagai satu permulaan yang bagus bergantung kepada kemampuan atau komitmen pegawai-pegawai.
Dengan cara sebegini ianya lebih berkesan sekiranya simpanan potongan paksa itu dimasukkan ke dalam simpanan yang lebih menjamin keluarga di masa hadapan.
“Lebih bagus ianya disimpan dalam bentuk saham kerana sekiranya terjadi sesuatu benda yang tidak diingini, mereka tidak perlu bimbang kerana sudah ada wang simpanan yang dapat membantu mereka berbanding dengan memberi wang secara lisan kepada keluarga.
“Ia juga sebagai caruman kepada isteri sekiranya berlaku penceraian, ini secara tidak langsung kedudukan kewangan isteri juga lebih terjamin, potongan ini umpama simpanan KWSP bagi pegawai,” katanya.
Menurut, PS 1 Bantuan MK Latihan, Lt Kol Mohd Zahari Abu, potongan paksa ini memberi ketetapan kepada seorang isteri supaya mengetahui perancangan
perbelanjaan.
“Dengan adanya potongan paksa ini tiap-tiap bulan isteri akan memperolehi duit peruntukan.
Ini kerana apabila suami bertugas di luar kawasan ataupun
berkursus, melalui potongan ini saya tidak perlu risau untuk memberi duit perbelanjaan, ia memberi jaminan dalam membentuk institusi kekeluargaan kearah yang lebih baik.
Kadar sebanyak 10 peratus pada saya hanya satu jumlah yang kecil,” katanya.
Bagi Lt Kol Fadzil Abas, Kem Komandan Mk Latihan, Peruntukan
Paksa kepada isteri adalah wajar dilakukan bagi pegawai yang isterinya tidak bekerja.
Pegawai-pegawai yang baru berkhidmat adalah wajar membuat potongan kepada isteri atau keluarga kerana mereka ini masih awal dalam perkhidmatan dan kurang mengetahui selok belok dalam pengurusan kewangan.
Pengalaman dan pengetahuan
membezakan corak kepimpinan sesebuah keluarga.
Pendapat Mej Nor Zahari Zeelan dari Markas Latihan Tentera
Darat, potongan paksa ini adalah sebagai satu langkah yang bagus, ia dapat mengawal
perbelanjaan peringkat Pegawai.
Selain itu, pegawai juga banyak
membuat tugas luar dalam jangka masa yang panjang, contohnya kepada pegawai dari unit infantri yang melaksanakan
operasi susah untuk menghantar duit perbelanjaan kepada isteri, dengan adanya potongan paksa ini, para suami tidak lagi mempunyai masalah untuk memberi duit belanja kepada isteri kerana sudah siap dipotong melalui gaji.
“Di samping itu juga dengan potongan ini ia dapat membantu keluarga terutamanya isteri di dalam menguruskan keperluan harian dan perbelanjaan anak-anak sekolah,” katanya.
Bagi Mej Hisham Saip, beliau bersetuju dengan potongan paksa bagi pegawai.
“Potongan paksa ini juga bagus
untuk isteri, kerana kadang -kadang kita (suami) terlupa untuk memberi duit belanja kepada anak-anak jadi isteri mempunyai duit untuk memberi
kepada anak-anak, tak perlu tunggu suami yang sibuk bekerja,” katanya.
Mej Saiful Fitri Hj Mat Rashid, P2 Belanjawan Mk Latihan, menjelaskan ianya sesuai dilakukan
kerana secara automatiknya potongan itu boleh menjadi simpanan kepada keluarga.
Ia juga boleh menjadi imbuhan kepada isteri dan sebagai bonus kepadanya.
Dengan ini juga isteri beranggapan pengorbanan yang mereka lakukan selama ini dihargai
oleh suaminya.
Menurut Kapt Wan Mohd Hafiz Wan Yusof, pegawai dilatih dengan pengurusan
diri dan mentadbir sesebuah organisasi bukan hanya untuk dicontohi
oleh anggota LLP malahan keluarga.
Ini menunjukkan pegawai pada masa kini kurang pengurusan diri dan kepimpinan untuk dicontohi.
Pegawai haruslah menunjukan komitmen yang lebih jitu dan berketerampilan bagi menjaga imej pegawai-pegawai.
Bagi Mej Ahmad Subki Abdul Rahman, pada pandangan saya cadangan yang dikeluarkan oleh Markas ATM adalah baik kerana suami (pegawai) tidak lupa untuk memberi nafkah kepada isteri bagi menguruskan barang-barang keperluan harian dan anak-anak sekolah.
“Selain itu kebaikan dari Potongan Paksa ini dapat memberi isteri duit perbelanjaan dan simpanan ASB bagi isteri untuk kegunaan di masa kecemasan.
Suami dapat membajet perbelanjaan
dan juga sebagai simpanan alternatif untuk kegunaan suami semasa sesak.
“Melalu potongan paksa ini ia dapat mengelakkan
suami dari melibatkan diri dalam kegiatan berfoya-foya, kaki perempuan dan perkara yang tidak berfaedah, saya berharap agar pihak atasan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam membendung
masalah kewangan yang dihadapi oleh peringkat pegawai,” katanya.
Mej Azis Masjak berpendapat, peruntukan paksa ini dikuatkuasakan
kepada Pegawai Angkatan
Tentera Malaysia supaya para suami tidak lupa akan tanggungjawab
terhadap isteri dan keluarga.
“Apa yang saya lalui sepanjang
dalam perkhidmatan tentera,
ramai yang menunjukkan keegoan sebagai seorang suami yang mana mereka tidak tahu tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami, saya menyokong sepenuhnya dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan agar melaksanakan potongan
paksa,” katanya.
PDF Keseluruhan Keluaran 180
|
|
|