TBR
GSPS tawan hati rakyat
Penulis: SSjn Mohamad Solleh Jaapar   Tarikh Kemaskini: 22 Disember 2009
Gambari: SSjn Nafi Salleh
+ Email Artikel Ini!

Pelbagai aktiviti dilakukan dalam mengeratkan perhubungan tentera dengan masyarakat sudah terjalin sejak dahulu lagi.

Program yang dilaksanakan pelbagai bentuk dan aktiviti yang mana ianya telah dirancangkan mengikut keadaan atau keperluan masyarakat.

Bagi menjayakan program kemasyarakatan, penuntut Kursus Geraksaraf Perangsaraf Kelas 1 Siri 2/2009 telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu Program Jiwa Murni bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Zahidiah, Kampung Melayu Batu 13, Sungai Buloh, Selangor diadakan pada 4 Julai 2009.

Dalam menjayakan program tersebut beberapa agensi tempatan turut sama menyertai program terdiri daripada tentera, agensi awam dan Persatuan Penduduk Kampung Melayu, Sungai Buloh.

Matlamat program adalah untuk menjalinkan silatulrahim dan perhubungan yang erat diantara tentera bersama guru-guru, PIBG dan penduduk setempat.

Penuntut kursus turut membantu Ahli Jawatankuasa Kampung bagi menyediakan keperluan masakan untuk jamuan keesokan harinya pada sebelah malam.

Di samping itu dapat merapatkan kerjasama yang hormoni bersama penduduk kampung.

Segala perancangan dilaksanakan dalam beberapa peringkat mengikut keperluan pihak sekolah dan PIBG bagi melaksanakan kerja-kerja yang akan dibuat semasa majlis bermula.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan sekitar sekolah, pagar keliling, mengecat pasu bunga, pembersihan longkang, memotong rumput dan menyediakan kemudahan padang bolasepak dan tempat permainan untuk kegunaan murid-murid sekolah menjalankan aktiviti riadah dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, satu pameran persenjataan dan peralatan Parti Komunis Malaya (PKM) oleh 91 RKPT turut diadakan bagi mendedahkan kepada guru-guru, pelajar sekolah dan penduduk kampung.

BPK turut mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian kepada pengunjung program jiwa murni.

Yang Di-Pertua PIBG, Zulkefli Abu Bakar, melahirkan rasa cukup terharu diatas pengelibatan tentera untuk mengadakan gotong-royong di Sekolah Rendah Agama Zahidiah.

“Saya amat berbesar hati di atas sumbangan yang dihulurkan oleh peserta kursus GSPS khasnya dan pihak tentera amnya untuk melaksanakan program gotong-royong pada kali ini.

Sesungguhnya pihak PIBG menarik nafas lega kerana mencapai matlamat kami untuk mewujudkan padang bolasepak untuk pelajar menjalankan aktiviti riadah mereka.

“Apa yang penting perhubungan bersama masyarakat awam bersama pihak tentera sentiasa terus terjalin di masa akan datang.

Untuk pengetahuan umum, sudah beberapa kali ada pihak merancang untuk mengadakan program seumpama ini tetapi kurang mendapat sambutan.

“Berterima kasih juga saya berikan kepada pihak tentera kerana turut mengadakan pemeran persenjataan serta peralatan PKM dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk bersama pelajar untuk memberi pendedahan yang amat bermakna ini”, katanya.

Guru Besar, Ustazah Zuhana Mohd Husnan amat berterima kasih diatas penglibatan tentera yang telah mengadakan program jiwa murni di Sekolah Rendah Agama Zahidiah.

Kami guru-guru amat berbesar hati di atas sumbangan dan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh penuntut kursus GSPS PULARIS, yang mana selama ini ianya tidak pernah berlaku seperti mana sekarang.

“Dalam pada ini juga pihak tentera sudi mengadakan pameran peralatan PKM yang selama ini kami tidak berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang apa yang dipertontonkan.

“Selain daripada itu, pemeriksaan kesihatan turut diadakan oleh KKD dan ia mendapat sambutan yang menggalakan dari penduduk setempat,” jelasnya mengakhiri perbualan.

PDF Keseluruhan Keluaran 180

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF