Muka Hadapan
Hari Pahlawan - Jasa Perwira dikenang
Penulis: Kpl Saiful Fazley Rusli    Tarikh Kemaskini: 22 Disember 2009
Gambar: Sjn Kamarulzaman Ariffin, Kpl Abdul Rahman Mohamad dan Kpl Mohd Zulhairin Osman
+ Email Artikel Ini!

Merekalah pejuang, merekalah penyelamat.

Mereka mempertahankan negara bersama darah dan nyawa.

Mereka juga melindungi negara daripada ancaman musuh luar.

Kepahlawanan mereka membolehkan rakyat Malaysia hidup dengan aman dan selamat sehingga hari ini.

Keringat bakti yang telah dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan tanah air dari pelbagai kaum untuk mengekalkan kedaulatan negara tanpa menghiraukan keselamatan diri serta keluarga merupakan suatu pengorbanan yang tidak terbalas walau diberi ganjaran wang ringgit sekalipun.

Setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, bangsa Malaysia sudah berjaya berada pada satu kedudukan yang setaraf dengan bangsa yang lain yang dianggap membangun di dunia.

Keupayaan ini bukanlah satu pencapaian tanpa perancangan sebaliknya kemampuan rakyat mengharungi pelbagai keperitan dan kepayahan untuk berada di puncak kegemilangan hasil perjuangan para pahlawan-pahlawan negara yang boleh dikatakan sebagai pahlawan 1Malaysia .

Dalam menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun, setiap daripada kita perlu bersyukur kerana masih diberi kesempatan serta peluang untuk mengingati dan menghayati semangat yang telah diperjuangkan oleh para pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Dalam dunia menghadapi era globalisasi, semangat kepahlawanan masih relevan dan diperlukan, apatah lagi dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mendatang dan semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara serta mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik dan semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu merdekaan, sebaliknya harus bekerja keras untuk mempertahankan kemerdekaan itu.

Semangat juang yang kental serta keikhlasan seperti inilah amat diperlukan untuk kita mempertahankan bumi yang merdeka dan menjadi tanggungjawab kita sebagai anak bangsa untuk mempertahankan ibu pertiwi.

Sebagai generasi yang membesar di dalam kesenangan, kemungkinan kita tidak dapat merasa sendiri kesusahan para perwira yang terdahulu, mungkin juga kita tidak berpeluang merasainya, melainkan jika kita lalai sehinggakan negara kita dijajah semula.

Pengorbanan para pahlawan mempertahankan kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati malah semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan para pahlawan yang terdahulu jangan sekali luput dari ingatan kita dan sebagai teras utama pertahanan negara, kita perlu bersedia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus maju dan membangun.

Pembangunan pesat negara adalah sebahagian dari buah kemerdekaan.

Begitu juga perjuangan dan curahan bakti sebagai anggota tentera.

Ianya adalah sesuatu yang berterusan dan setiap daripada anggota tentera perlu beriltizam untuk membentuk keperibadian serta akhlak yang baik dan mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

Pahlawan-pahlawan yang selama ini kental dengan semangat waja menentang musuh negara, kini semakin lemah dicengkam usia dan hanya menjadi penunggu kepada hari-hari mendatang serta melihat generasi muda meneruskan usaha mempertahankan bumi tanah air yang aman dan makmur seteIah dimerdekakan.

Untuk memperingati jasa-jasa perwira yang terkorban atau yang masih meneruskan perjuangan moral, maka Tunku Abdul Rahman telah mengistiharkan pada 31 Jul1961 sebagai tarikh keramat memperingati Hari Pahlawan bagi mengenang jasa perwira-perwira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dan kebebasan.

Sudah menjadi kebiasaan, upacara sambutan Hari Pahlawan peringkat kebangsaan diiringi dengan upacara meletak kalungan sambunga di Tugu Peringatan Negara malah sudah menjadi sinonim dengan masyarakat negara.

Bersempena dengan itu, sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak mendahului upacara meletak kalungan bunga diikuti oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Dato’ Muhammad Hj Abd Ghani.

Selain dari itu, sajak bertajuk ‘Pahlawan’ turut dideklamasikan yang merupakan hasil ciptaan Mej (B) Mohamed Awang dan tiupan Last Post serta Jalur Gemilang diturunkan perlahan-lahan.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima Hormat Perdana dan memeriksa Kawalan Kehormat Utama daripada anggota Polis Diraja Malaysia.

PDF Keseluruhan Keluaran 180

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF