KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyempurnakan Majlis Penghargaan Kepada Pahlawan Tanahair bertempat di Dataran
KEMENTAH, Kementerian Pertahanan pada 31 Jul 2009 .
Turut hadir di dalam majlis ini ialah Menteri
Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai utama Kementerian
Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri .
Majlis ini adalah menghargai pahlawan tanahair seramai 97 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Tentera dan Polis yang sedang b erkhidmat, Veteran ATM serta bekas pegawai dan anggota polis .
Mereka adalah penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.), Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B) serta Pingat Keberanian Kerajaan British seperti George Cross (G.C.), Military Cross (M.C.) dan Pingat Keberanian Military Medal (M.M.) .
Seramai 11 orang penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) menerima elaun bulanan seumur hidup sebanyak RM2,000 dan 75 orang penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani
(P.G.B.
) pula, menerima elaun bulanan sebanyak RM1,500 .
Ianya berkuatkuasa pada Julai 2009.
Sebelum ini, penerima S.P.
menerima elaun bulanan sebanyak RM400 dan penerima P.G.B.
pula sebanyak RM300 .
Bagi penerima Pingat Keberanian Kerajaan
British seperti George Cross (G.C.
),
Military Cross (M.C.) dan Military Medal (M.M.), mereka diberikan Sijil Penghargaan dari Kerajaan Malaysia.
Elaun yang akan diberikan kepada mereka sedang diteliti oleh Kerajaan Malaysia.