Bersama Pemimpin
Menteri Pertahanan ke Kem MALCON EAST 4
Penulis: Kapt Said Adam Mohamed Said     Tarikh Kemaskini: 22 Disember 2009
Gambar: Kpl Mohd Fadli Jab
+ Email Artikel Ini!

KAWKABA: MALCON EAST 4 menerima lawatan ulung Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin dan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Allatif Mohd Noor pada 19 Jul 2009 di Kem MALCON, UNP 7-4 Kawkaba, Hasbaiya, Selatan Lubnan.

Ketibaan Menteri Pertahanan di pintu utama kem diberi penghormatan dengan menerima tabik hormat seterusnya memeriksa Kawalan Suku anggota MALCON East 4.

Dalam sesi lawatan ini, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid diperkenalkan kepada para pegawai dan staf awam MALCON East 4 dan seterusnya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Komander MALCON East 4, Kol Hashim Aman Shah berkaitan penugasan MALCON di kawasan tanggungjawab (KTJ).

Komander MALCON East 4 kemudian mengiringi Menteri Pertahanan dan rombongan ke Vista Point untuk diorientasikan KTJ MALCON East 4 oleh Timbalan Komander, Lt Kol Romainor Mohamed.

PDF Keseluruhan Keluaran 180

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF