Bersama Pemimpin
Menteri Pertahanan terima Beret Hijau
 |
MERSING: Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar.
Pada majlis itu, beliau dipakaikan Beret Hijau, Lanyard Biru dan pisau oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin.
Beliau kemudian menyaksikan demonstrasi kumpulan pembawa beret menggunakan helikopter, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid adalah penerima anugerah Beret Hijau Ke-33 dan merupakan penerima keenam daripada kalangan Menteri Pertahanan negara ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Dr.
Abdul Latiff Ahmad dan Panglima 21 Grup Gerak Khas, Mej Jen Dato’ Awie Suboh.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, Beret Hijau Kehormat adalah lambang keagungan, keperwiraan serta mutu keberanian yang tinggi nilainya bagi melambangkan pengorbanan serta taraf profiesionalisme tinggi sebagai seorang wira.
Hanya mereka yang benar-benar layak dianugerahkan beret tersebut.
Sebagai salah seorang ahli Rejimen Gerak Khas iaitu sebuah pasukan Angkatan Tentera dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Penganugerahan beret kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid adalah mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau dalam memimpin di negara ini.
PDF Keseluruhan Keluaran 180
|
|
|
|
|