Bersama Pemimpin
Klinik Pergigian Bergerak bantu warga tentera
 |
Klinik Pergigian Bergerak yang pertama telah ditauliahkan pada pertengahan tahun 1960an dalam bentuk karavan dan dilengkapkan dengan satu kerusi pergigian.
Pada tahun 1993, dua buah Klinik Pergigian Bergerak telah diperolehi (dikenali sebagai Molar 1 dan Molar 2) bagi kegunaan Misi PBB di Bosnia dan Somalia.
Selepas tamat misi, klinik-klinik tersebut di bawa pulang dan digunakan di Malaysia.
Pada tahun 2000 sebuah klinik pergigian bergerak buatan Malaysia yang pertama telah ditauliahkan dan dikenali sebagai Bicuspid.
Klinik ini masih digunakan hingga ke hari ini.
Perolehan KIinik Pergigian Bergerak Angkatan Tentera Malaysia adalah melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9.
la mula dibina pada Mei 2008 dan siap sepenuhnya pada Julai 2009 dengan kos sebanyak RM2.34 juta.
Klinik ini dirasmikan oleh Panglima Angkatan
Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Hj Zainal pada 23 Jul 2009.
Klinik Pergigian Bergerak yang dibina berasaskan chasis bas dua tingkat model Scania ini sekaligus menjadikan
ia sebuah klinik pergigian bergerak pertama di dunia dalam bentuk bas dua tingkat.
Dek atas kenderaan ini terdiri dari dua surgeri rawatan lengkap dan bilik sterilisasi
(pembersihan peralatan) manakala dek bawah pula terdiri kaunter pendaftaran dan ruang menunggu.
Kerusi dan peralatan pergigian
yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan di Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT).
Ini bermakna pesakit boleh menerima
rawatan pergigian yang menyeluruh.
Peralatan yang disediakan di dalam klinik bergerak ini adalah kerusi pergigian, x-ray digital, kamera klinikal digital, autoklef (alat pembersihan peralatan) dan semua peralatan klinikal pergigian.
Penggunaan peralatan yang sama seperti di PGAT juga membantu dari segi senggaraan
di mana anggota pergigian telah terlatih dan biasa menggunakan peralatan tersebut.
Klinik Pergigian Bergerak ini mampu membawa
8 orang anggota termasuk pemandu.
la juga mempunyai kemudahan lif bagi pesakit
kurang upaya untuk ke dek atas.
Kuasa elektrik bagi peralatan-peralatan boleh dijana melalui dua kaedah iaitu dengan built-in generator
apabila beroperasi bagi kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau terus dari bekalan elektrik luar (Tenaga Nasional).
Klinik Pergigian Bergerak ini juga dilengkapkan
dengan peralatan ICT bagi membolehkan sistem rekod pergigian elektronik Angkatan Tentera Malaysia iaitu Dental Readiness Management System (DRMS) digunakan.
Objektif utama Klinik Pergigian Bergerak ini adalah supaya perkhidmatan pergigian dapat disampaikan kepada warga tentera dan keluarga mereka yang tinggal dan bertugas di kem yang tidak mempunyai kemudahan klinik statik.
Selain dari itu, Klinik Pergigian Bergerak ini juga akan digunakan bagi penduduk awam di kawasan pendalaman melalui Projek Tentera
Bersama Rakyat.
Projek Klinik Pergigian Bergerak ini menerima nasihat dan bantuan teknikal dari jurutera dan juruteknik dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan.
PDF Keseluruhan Keluaran 180
|
|
|
|