Pena Pengarang
Kebajikan yang paling baik - Berlatih untuk berperang

Penulis: Lt Kol Zulkifli Dato’ Hj Tahir       Keluaran : Bil 180       Tarikh Kemaskini: 22 Disember 2009
+ Email Artikel Ini!
+ Artikel Penuh Bergambar (PDF)

INFO ARTIKEL
Menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah merupakan tanggungjawab dan boleh dianggap sebagai jihad kepada semua, bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada Angkatan Tentera semata-mata tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warganegara ini.

Kita tidak boleh lalai atau leka sehinggakan negara kita dijajah semula.

Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa-jasa para pahlawannya, adalah ungkapan yang sering kita dengar menjelang peringatan Hari Pahlawan setiap tanggal 31 Julai di negara kita.

Sebagai generasi yang dilahirkan di negara yang sudahpun mengecapi kemerdekaan, sebagai rakyat sebuah negara yang bebas dari penjajahan, sama kita sedar atau tidak, semua ini diperolehi dari semangat juang yang begitu kental serta keikhlasan untuk mempertahankan bumi yang merdeka oleh generasi yang terdahulu dari kita.

Berapa ramai dari kita yang benar-benar ikhlas serta menghargai perjuangan para pahlawan kita? Pernah kita merasai kesusahan mereka dahulu? Yang paling utama adakah sumbangan mereka ini menerima pengiktirafan yang setimpal? Dalam sejarah negara, kita ramai para pejuang dan pahlawan yang telah berkorban untuk memartabatkan dan memerdekakan tanahair daripada belenggu penjajah yang menjajah pemikiran, budaya dan tanah tumpah darah mereka.

Di antaranya termasuklah Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut), Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato’ Maharaja Lela dan tokoh-tokoh terkemudian daripada itu seperti Lt Adnan Saidi, PW 1 Kanang ak Langkau dan lain lain lagi.

Tetapi yang menjadi persoalan diruang fikiran kita, berapa ramaikah di kalangan kita yang dapat mewarisi semangat kepahlawanan mereka itu? Kita harus berterima kasih kepada para pahlawan kita yang berjuang semenjak negara sebelum merdeka sehinggalah hari ini.

Pengorbanan mereka tidak dapat dibayar dengan harga dunia tetapi hanya Allah yang menilai dan yang akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka samada yang telah pergi atau pun yang masih hidup.

Menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah merupakan tanggungjawab dan boleh dianggap sebagai jihad kepada semua, bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada Angkatan Tentera semata-mata tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warganegara ini.

Kita tidak boleh lalai atau leka sehinggakan negara kita dijajah semula.

Kita bukanlah bangsa yang dengan mudahnya menerima kemerdekaan, sebaliknya harus bekerja keras untuk mempertahankan kemerdekaan itu.

Semangat juang yang kental serta keikhlasan seperti inilah amat diperlukan untuk kita mempertahankan bumi yang merdeka.

Ini adalah tanggungjawab kita sebagai anak bangsa untuk mempertahankan ibu pertiwi.

Sebagai generasi yang membesar di dalam kesenangan, kemungkinan kita tidak dapat merasa sendiri kesusahan para anggota yang terdahulu, mungkin juga kita tidak berpeluang merasainya, melainkan jika kita lalai sehinggakan negara kita dijajah semula.

Sebagai warga tentera, marilah kita sama-sama menjadi penerus perjuangan dan pengorbanan yang mulia ini bagi memastikan negara ini akan terus aman dan selamat sebagaimana kita telah menikmati keamanan dan kemerdekaan sebelum ini.

Walaupun dianggap ‘muda’ jika dibandingkan dengan angkatan tentera yang lain, dari sebuah pasukan yang kecil, kita telah melalui berbagai duri dan ranjau penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Darurat, Konfrontasi dan perang melawan insurgensi.

Kita adalah pewaris kepada para pejuang dan pahlawan bangsa sebelum ini.

Oleh demikian, dalam meneruskan semangat para pejuang tanah air yang terdahulu, kita perlu beriltizam untuk membentuk keperibadian serta akhlak yang baik serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

Ini amatlah perlu untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kita mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta dan bersiap sedia untuk menggalas cabaran tersebut agar dapat berperanan dengan lebih berkesan.

Semua ini dilakukan dengan terbaik, dengan semangat perjuangan yang kental dan tidak kenal menyerah.

Itulah Angkatan Tentera yang harus kita banggakan.

Menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah merupakan tanggungjawab dan boleh dianggap sebagai jihad kepada semua, bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada Angkatan Tentera semata-mata tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warganegara ini.

Kita tidak boleh lalai atau leka sehinggakan negara kita dijajah semula.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN


PDF Keseluruhan Keluaran 180

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF