
Berita Tentera Darat Malaysia
(BTDM) nama yang tidak asing lagi di kalangan warga Tentera Darat (TD), mengukir sejarahnya yang tersendiri di persada Kor Risik Diraja (KRD) khasnya dan TD amnya.
Majalah
yang mampu menjana minda sebagai alat perhubungan saluran maklumat menerusi pendekatan gerak saraf yang terbaik untuk membina
imej yang cemerlang warga TD seiring dengan perkembangannya serta kemajuan negara yang kian pesat membangun.
Seusia 25 tahun bagi seorang manusia adalah cukup matang baik dari segi fizikal mahupun mental.
Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-77, BTDM turut menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-25 tahun pada Mac 2010.
HUT adalah satu memori bagi kita untuk memulakan langkah baru yang lebih bermakna dan menjadi alat untuk mencerminkan setiap perkara yang dilalui pada tahun-tahun
lepas agar dapat dijadikan pedoman
meniti hari-hari mendatang dengan lebih tabah dan cekal demi memartabatkan imej TD.
Semalam adalah kenangan BTDM dalam mengorak langkah yang drastik sejajar dengan penubuhannya
kini semakin mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan warga tentera malah di kalangan masyarakat umum.
Justeru, marilah kita sama-sama mengimbas kembali sejarah penubuhannya.
Sejarah Penubuhannya
Sekitar tahun 1985, negara ketika itu masih di belenggu keganasan komunis,
oleh yang demikian, TD mengambil
inisiatif menerbitkan BTDM untuk meningkatkan moral anggota agar meneruskan perjuangan mempertahankan
ibu pertiwi hingga ke titisan darah yang terakhir di samping
sebagai medium penerapan doktrin ketenteraan di kalangan warga TD dengan tujuan melahirkan anggota yang menepati piawaian yang ditetapkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pada ketika itu, BTDM diletakkan di bawah Doktrin TD-Tadbir (sekarang Cawangan Sumber Manusia) dengan kerja-kerja penerbitan dilaksanakan oleh pihak swasta manakala pihak DTD-Tadbir hanya menyediakan bahan berita.
Berikutan dari kajian semula Organisasi
dan Perjawatan DTD oleh Panglima TD melalui mesyuarat KP/TD/SEL/4366 bertarikh 8 Ogos 89, pada penghujung tahun 1989 secara
rasminya Cawangan Perisikan mengambil alih pentadbiran dan penerbitan BTDM.
BTDM diletakkan
di bawah Sel Geraksaraf Perangsaraf
dan PTD dilantik sebagai penaungnya manakala Asisten Ketua Staf Perisikan sebagai Ketua Pengarang.
Tujuan penerbitan BTDM adalah untuk menyebarkan
berita TD yang terkini kepada semua anggota di samping
merapatkan jurang komunikasi antara pelbagai lapisan warga TD dan juga masyarakat awam.
Seterusnya
diharapkan agar dapat meningkatkan
semangat setiakawan dan kekitaan khasnya di kalangan warga TD dan juga masyarakat Malaysia
amnya yang berjiwa patriotik disamping sebagai bahan promosi kerjaya TD kepada semua belia dan beliawanis negara untuk menyertai pasukan keselamatan.
BTDM berperanan menyalurkan maklumat terkini melalui penerbitan majalah bulanan mengenai aktiviti TD kepada sasaran yang dikenal pasti di samping menghasilkan buku-buku yang berkaitan dengan usaha geraksaraf dan menulis artikel kepada akhbar-akhbar tempatan dalam aspek ketenteraan serta dapat mempertingkatkan pengetahuan
anggota dalam bidang kewartawanan
di Cawangan Perisikan dan Markas-Markas Formasi.
Pada awal kelahirannya, BTDM menggunakan akhbar bersaiz tabloid
yang mempunyai 16 muka surat dan menggunakan logo DARAT yang diiktiraf sebagai akhbar rasmi TD.
Sehingga tahun 1993, bidang tugas editorial hanyalah mencari berita dan gambar manakala tugas-tugas lain seperti percetakan dan reka letak dibuat oleh syarikat luar.
 |
Pada tahun 1994, BTDM mula mengorak
langkah dengan menambah keupayaannya dan meningkatkan kualiti persembahannya apabila Sidang Editorial dibekalkan komputer
yang menggunakan teknologi penerbitan moden.
Dengan adanya komputer tersebut,
segala tugas mampu dikendalikan
sendiri oleh Sidang Editorial dari tugas kewartawanan, fotografi sehinggalah kepada mereka letak muka surat dan hanya pengasingan warna dan percetakan dikendalikan oleh syarikat percetakan.
Pelbagai usaha dilakukan oleh sidang editorial untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan mutu penerbitan.
Usaha yang dilakukan tidak mengenal penat akhirnya pada tahun 1995 menyaksikan penumpuan terhadap peningkatan kualiti persembahan penulisan berita,
gambar dan kertas ditambahbaikan.
Ini diakui apabila sembilan orang wartawan dan jurugambar dihantar ke agensi media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk menimba pengalaman
di samping memperbaiki kualiti penulisan BTDM dan usaha tersebut tidak berakhir setakat itu sahaja malah masih berterusan sehingga kini.
Sejajar dengan peredaran masa dalam dunia yang penuh sofistikated,
Masthead ataupun logo akhbar ini turut mengalami perubahan apabila
ia telah ditukar sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1986, 1988, 1994 dan 2003 hingga kini.
Masthead yang terkini melambangkan era globalisasi.
Hasilnya adalah suatu persembahan yang lebih menarik dan setaraf dengan citarasa terkini dalam dunia penerbitan.
Begitu juga dengan penambahan
jumlah penerbitan bermula dari tahun 1986 hingga 1994 sebanyak 10,000 naskah dicetak.
Pada tahun 1995 hingga 2000, walaupun
masih menggunakan kertas jenis newsprint, tetapi jumlah penerbitan meningkat
ke 11,500 nashkah kerana BTDM telah menambah baik dari segi mutu persembahan dan 30 peratus warna.
Tahun
demi tahun mutu kertas dan nashkah dicetak semakin meningkat.
Pada tahun 2001, penambahan jumlah penerbitan meningkat ke 12,500.
Keadaan ini merupakan satu penambahan
yang menunjukkan BTDM kini semakin diminati setanding majalah lain.
Sehinggalah pada tahun 2002 berlaku evolusi terbesar BTDM apabila ia dinaik taraf sebagai sebuah majalah yang mempunyai jumlah cetakan sebanyak 13,000 naskah pada setiap keluaran.
Usaha untuk meningkatkan kefahaman
masyarakat mengenai profesion ketenteraan mula menunjukkan hasil.
BTDM sentiasa memberi gambaran tepat kepada pembaca agar mereka memahami
realiti suasana peperangan yang akan membangkitkan keinsafan mereka tentang nikmat kemerdekaan dan keamanan.
Di atas usaha berterusan dan tidak mengenal jemu untuk menyebar luaskan mesej ATM kepada anggota TD serta masyarakat
akhirnya pada 5 Nov 2004, BTDM diberi penghormatan oleh Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) apabila ianya menerima Pengiktirafan Khas KEMENTAH 2004.
Ketika negara mengalami proses globalisasi,
BTDM tidak ketinggalan menuju ke arah yang sama.
Ini dapat dilihat pada tahun
2003 hingga kini BTDM telah membuat pembaharuan dan peningkatan apabila ianya bertukar saiz ke saiz A4, wajah, kertas lebih berkualiti, lebih 70 peratus gambar dan lebih informatif.
Penambahan kualiti juga berkaitan dengan penambahan muka surat warna namun demikian jumlah cetakan masih terhad
berbanding permintaannya dengan bilangan anggota TD mencecah 80,000 orang.
Jumlah pengagihan termasuklah seluruh penempatan dan unit tentera, Kementerian Kerajaan, Institusi Kesultanan dan Raja-raja, Institut Pengajian Tinggi, NGO dan Parti-parti Politik, syarikat-syarikat korporat, Persatuan Bekas Tentera, orang perseorangan, Pengaman PBB, Penasihat Pertahanan di Luar Negara dan perpustakaan
tempatan.
Menyedari kekurangan
tersebut, atas dasar prihatin BTDM mengambil keputusan menyediakan laman Web khasnya yang memuatkan setiap isu BTDM versi majalah dalam bentuk Portable
Document Format (PDF).
Dengan usaha berterusan dari semua Sidang Editorial,
akhirnya pada 12 Apr 2005, laman
Web BTDM dilancarkan secara rasminya oleh PTD pada ketika itu adalah Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal (B) di Auditorium Wisma Pertahanan.
Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi sesebuah laman Web yang baru dilancarkan.
Laman Web yang boleh
dicapai menerusi www.btdm.net menerima sebanyak 40,717 capaian dalam tempoh enam hari pelancarannya.
Ini menjadikan persembahan BTDM lain dari yang lain dan bertepatan
dengan matlamat BTDM iaitu tidak tertumpu kepada segolongan sasaran pembaca tetapi lebih bersifat menyeluruh.
Berdasarkan rekod harian, pengunjungnya bukan sahaja dari dalam negara bahkan dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, United Kingdom (UK), Australia, Singapura
serta Pulau Scychelles.
Dari segi pulangan jangka panjang,
BTDM boleh dijadikan bahan rujukan terhadap program-program TD yang dapat memantapkan lagi usaha-usaha geraksaraf kepada anggota dan juga umum.
Ia juga dapat mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi sumber arkib dan penerbitan yang dihasilkan
oleh TD.
Segala aktiviti-aktiviti TD sepanjang masa boleh didokumenkan
menjadi khazanah sejarah di masa akan datang.
BTDM juga menyediakan buku-buku kenangan sempena persaraan panglima-panglima TD.
Bagi menghargai
sumbangan-sumbangan para koresponden, BTDM turut mengadakan Malam Korespenden setahun sekali dan dalam memenuhi citarasa pembaca, BTDM sentiasa berusaha untuk meningkatkan pertambahan
mutu dari segi penulisan dan juga melalui gambar-gambar yang lebih menarik dan berkualiti.
Dengan ini, BTDM mengharapkan lebih ramai peringkat anggota untuk tampil menyumbangkan idea dan menambah baik konsep penerbitan setanding dengan terbitan di pasaran
sekarang.
Semoga BTDM akan terus cemerlang sejajar dengan konsep 1Malaysia dalam keperluan akan datang dengan teknologi terkini bagi memenuhi selera pembaca.