Semasa Kuala Lumpur
Serah Terima Tugas Pengarah Infantri
| Penulis: Sjn Muhammad Solor Hj Ismon Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010 |
| Gambar: Tim BTDM |
| + Email Artikel Ini! |
KUALA LUMPUR: Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mazelan
Kasap menyaksikan majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengarah Infantri di antara Pemangku Pengarah, Lt Kol Mohd Halim Khalid dan Pengarah Infantri yang baru, Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Arah Infantri pada 29 Mac 2010.
Lt Kol Mohd Halim memangku jawatan Pengarah Infantri daripada Pengarah Infantri lama, Mej Jen Dato’ Baharom Hamzah yang bertukar
keluar membuat tugas dengan menjawat jawatan sebagai Komander
Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao pada 23 Feb 2010.
Pengarah Infantri yang baru, Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah akan terus membangunkan Jabatan Arah Infantri dengan idea-idea yang bernas agar terus cemerlang dan berwawasan sebagaimana peneraju-peneraju Pengarah terdahulu
untuk menentukan sistem pentadbiran Jabatan Arah Infantri berjalan dengan lancar dan bersistemetik
dan memberikan servis yang
terbaik kepada pasukan-pasukan dalam Kor Infantri.
Dengan adanya sistem Local Area Network dan peningkatan data bank pengurusan sumber manusia yang diperkenalkan oleh pengarah terdahulu akan lebih memudahkan pengarah yang baru menyampaikan maklumat di antara staf dan pemantauan yang berkesan
terhadap pasukan-pasukan Kor Infantri.
Di samping itu, semua pegawai dan staf di Jabatan Arah Infantri akan terus menyokong, taat setia dan berkhidmat dengan tidak berbelah
bagi di bawah naungan Brig Jen Dato’ Mohamad Khir sebagai pengarah yang baru dengan penuh komitmen dan berdaya saing agar Jabatan Arah Infantri terus maju dan berjaya seiring dengan arus pembangunan
masa kini demi mempertahankan
kedaulatan negara tercinta.
Semasa Kuala Lumpur
Program Derma Darah Sempena
HUT TD Ke-77
KUALA LUMPUR: 350 warga Tentera Darat dan orang awam sekitar Setiawangsa
terlibat dalam Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun TD Ke-77 bagi mengisi tabung darah Hospital Kuala Lumpur bertempat
di sebuah pusat membeli -belah pada 9 Mac 2010.
Program menderma darah merupakan
salah satu acara yang selalu diadakan oleh TD bertujuan membantu
hospital-hospital kerajaan yang mengalami masalah kekurangan
bekalan darah di samping memberi peluang kepada anggota tentera dan orang awam memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan.
Rata-rata penderma yang ditemui
berasa amat gembira dan bangga kerana dapat mengambil bahagian dalam program tersebut disamping meningkatkan kesihatan diri serta dapat melaksanakan tanggungjawab
sosial bagi menampung bekalan darah negara yang semakin
kritikal.
Turut hadir memberi semangat dan galakan kepada anggota tentera
dan orang awam yang terlibat pada acara tersebut Pengarah Kesihatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Brig Jen Dato‘ (Dr) Mohd Zin Bidin.
Semasa Kuala Lumpur
Mesyuarat Jemaah Tertinggi KOD
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Tertinggi Kor Ordnans Diraja (KOD) Siri 2/2010 yang dihadiri oleh Pegawai
Kanan KOD berpangkat Kolonel dan ke atas diadakan bertujuan membincangkan isu-isu strategik pembangunan Kor samada dalam konteks pengurusan anggota mahupun
pembangunan bertempat di Wisma Perwira, Batu Kentonmen pada 20 Jan 2010.
Mesyuarat dipengerusikan oleh AKS Logistik TD, Brig Jen Dato’ Pahlawan
Mohd Razif Hj Idris dan dalam ucapan pembukaan, beliau amat menekankan tentang perbelanjaan berhemah dalam aspek pengurusan kewangan.
“Penekanan dan perhatian perlu diberikan yang sewajarnya oleh semua peringkat dan lapisan pemerintahan
dalam aspek pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia”, tegasnya.
Mesyuarat juga dihadiri oleh Pengarah KOD, Kol Hj Abdul Khalid Hamzah, Ketua Kump Ord, Kol Saharuddin
Harun Ketua Pegawai Persenjataan
STRIDE, Kol Mustafa Omar, Pegawai Memerintah 91 DPOD, Kol Hjh Fauziah Ibrahim, Peg Mem 94 DPP KOD, Kol Baharudin Jamin dan Juru Arah INSPEKA, Kol Mohd Norbi Ismail.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|
|
|
|