Semasa 1 Div
Ekspo Gegar PERNAMA 11 RAM
KUCHING: Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja menganjurkan Ekspo Gegar PERNAMA yang melibatkan semua PERNAMA di Sarawak bertempat di Padang Kawad Pasukan selama lima hari bermula 3 hingga 7 Mac 2010.
Tujuan Ekspo Gegar PERNAMA ini diadakan untuk mempamerkan barangan PERNAMA kepada anggota dan juga kemudahan yang ada di PERNAMA yang mana dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 11 RAMD, Lt Kol Mohd Fadzuri Masudoki bersama Pengurus PERNAMA di negeri Sarawak.
Turut diadakan gerai-gerai makan oleh Kompeni-kompeni, BAKAT pasukan dan berbagai acara sampingan
seperti pertandingan karaoke dan sukaneka oleh anggota pasukan.
Semasa 1 Div
Cek Insurans Kelompok Mendiang LKpl Ahjin Atum
KOTA KINABALU: Majlis Penyerahan Cek Insurans Kelompok
Mendiang LKpl Ahjin Atum anggota dari 4 Kor Ordnans Diraja (KOD) yang disempurnakan oleh Pengarah
KOD, Kol Hj Abdul Khalid Hamzah bertempat di Bilik Gerakan Pasukan pada 16 Mac 2010.
Mendiang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di km 87.6 jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur di Bukit Kebuk, Pekan Tajau, Maran, Pahang dalam perjalanan ketika menjalankan tugas rasmi dari Depot Peluru 4 KOD ke Markas 4 KOD pada 22 Jul 2009 dan cek tersebut diserahkan kepada ibu mendiang, Limah Baigir.
Turut hadir Pegawai Pemerintah Mej Amrit Singh Bachan Singh, Pegawai Pemerintah 4 KOD Mej Saiful Azlan Mohamed dan PTT Kanan 5 KOD serta waris mendiang.
Semasa 1 Div
Warga 11 RAMD Naik Pangkat
KUCHING: 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dinaikkan pangkat di dalam Majlis Pemakaian Pangkat 11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Fadzuri Masudoki bertempat di Lapang Sasar 25 meter baru-baru ini.
Beliau memakaikan pangkat kepada anggota bujang yang dinaikkan pangkat manakala bagi anggota yang berumahtangga isteri-isteri anggota yang dinaikkan pangkat akan memakaikan pangkat
kepada suami mereka.
Sebelum majlis pemakaian pangkat
dilaksanakan pelbagai acara lain diadakan seperti berlari sejauh 2.
4 km dan membuat abseling, acara ini julung kalinya diadakan sepanjang pemerintahan beliau, majlis tersebut dihadiri semua pegawai
pasukan dan isteri.
Semasa 2 Div
Perbarisan Ulung Pegawai Memerintah
PENGKALAN CHEPA: Upacara Perbarisan Ulung Pegawai Memerintah
21 RAMD diadakan sempena enam bulan tampuk pemerintahan Lt Kol Marzuki Hj Mokhtar berlangsung di Padang Kawad Pasukan pada 16 Nov 2009.
Beliau menegaskan kepada anggota agar menjaga mutu disiplin dan menghindarkan diri dari gejala-gejala yang tidak berfaedah seperti penyalahgunaan dadah dan kes khalwat kerana gejala tersebut boleh memburukkan nama dan imej pasukan ini yang terkenal dengan cogan kata ’Setia Berani’.
Sempena perbarisan itu, Lt Kol Marzuki Hj Mokhtar berkesempatan untuk menyempurnakan pemakaian pangkat ke atas anggota yang terdiri dari seorang pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|
|
|
|