Semasa 2 Div
Peg Memerintah Baru 2 RS
Penulis: LKpl Azrol Abdullah  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
Gambar: Tim BTDM
+ Email Artikel Ini!

JELI: 17 pegawai dan 503 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas dan Tongkat Kuasa Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan di antara Lt Kol Gulam Rasul Hj Abdus Subhan dengan Lt Kol Zambery Jefry Darus disaksikan oleh Panglima Bgd Sempadan, Brig Jen Azmy Hj Yahya bertempat di Padang Bola Pasukan pada 9 Jan 2010.

Lt Kol Gulam Rasul Hj Abdus Subhan akan bertukar keluar ke MK 2 Div menjawat jawatan Peg Staf 1 Tadbir.

Dalam ucapan Panglima Bgd Sempadan, menyeru agar setiap anggota harus memberi kerjasama serta komitmen yang tinggi kepada pucuk pimpinan yang baru bagi meneruskan kecemerlangan pasukan di samping mengekalkan semangat berpasukan dan setia kawan agar pasukan sentiasa dihormati.


Semasa 2 Div
Kursus Asas Rintis Serang tingkat keupayaan anggota
Penulis: LKpl Arzul Effendi   Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA TERENGGANU: 22 anggota Lain-Lain Pangkat menghadiri Kursus Asas Rintis Serang Siri 1/2010 anjuran MK 8 Briged (Bgd) yang dirasmikan Lt Kol Mohd Sobirin Hj Mohd Yusof bertempat di Dewan Terengganu, Bn 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 30 Mac 2010.

Kursus ini merupakan pengenalan kepada seorang anggota Rintis Serang untuk diberi pendedahan dan pengetahuan dalam aspek perlaksanaan tugasan di pasukan dan dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengharapkan agar semua penuntut kursus dapat menjalankan tugas apabila balik di pasukan kelak.

Ini adalah kerana ada yang mendapat keputusan yang baik tetapi apabila balik di pasukan, anggota tidak dapat menjalankan tugas yang telah dipelajari semasa berkursus.


PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF