Semasa 3 Div
IKEM mengadakan Latihan Kebakaran
Penulis: PW 2 Abdullah Samsuddin  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
Gambar: Tim BTDM
+ Email Artikel Ini!

KLUANG: IKEM Anjur Latihan Kebakaran peringkat IKEM dengan kerjasama Pasukan Bomba Skn 881 PUTD yang menunjukkan demontrasi cara-cara memadam api yang betul disusuli dengan latihan beberapa orang anggota dari IKEM bertempat di Padang Kawad IKEM pada 24 Feb 2010.

Latihan yang bertujuan memberikan pendedahan bagaimana menggunakan Alat Pemadam Api Kecil serta peralatan sokongan yang lain dalam menghadapi kemungkinan berlaku kebakaran di tempat kerja.

Di samping itu ianya juga memberikan pengetahuan bagaimana menggunakan alatan pemadam api dan jenis-jenis kebakaran yang perlu disesuaikan dengan alatan pemadam api tersebut.

Latihan diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Mej Rojasni Md Sharif selaku Pegawai Bomba IKEM, kepada Pasukan Bomba Skn 881 PUTD Kluang di atas kerjasama yang cukup baik yang telah diberikan dalam penganjuran latihan tersebut.


Semasa 3 Div
Panglima 4 Bgd Mekz lawat MSS Temerloh dan 4 KOD Mekz
Penulis: Kpl Aziz Samat  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUANTAN: Panglima 4 Bgd Mekz, Brig Jen Zamrose Mohd Zin melakukan Lawatan Ulung ke Markas Staf Stesen Temerloh dan 4 KOD Mekz dan disambut oleh Pegawai Staf MSS Temerloh, Lt Kol Din Ali dan Pegawai Pemerintah 4 KOD Mekz, Mej Saiful Azlan Mohamed serta pegawai dan PTT Kanan kedua-dua pasukan pada 18 Feb 2010.

Semasa lawatan tersebut beliau telah dibawa ke Bilik Gerakan 4 KOD Mekz untuk dan diberi taklimat berkenaan tugas dan fungsi kedua-dua pasukan serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar Ikrar Kesatria adalah merupakan panduan asas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

“Ikrar Kesatria telah terpahat dihati setiap anggota sejak mula melangkah ke alam ketenteraan lagi dan kita sebagai warga TD haruslah berpegang teguh terhadap apa yang kita ikrarkan agar dapat melaksanakan tugas degan penuh disiplin dan bertanggungjawab.

“Saya berharap dan menyeru kepada semua peringkat untuk sama-sama menanam azam, tekad dan semangat dalam mengembeleng tenaga ke arah menjadikan Briged ini sebagai sebuah Briged teras yang disegani oleh kawan dan digeruni oleh lawan”, mengakhiri ucapannya.


Semasa 3 Div
Serah Terima Tugas Peg Mem 5 RAMD
Penulis: Tim BTDM  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KLUANG: 18 pegawai dan 398 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) di antara Lt Kol Halim Hj Yusof dengan Lt Kol Saiful Bahari Zainol bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 19 Jan 2010.

Lt Kol Halim Hj Yusof akan bertukar keluar ke Markas ATM menjawat jawatan Setiausaha KSSKA dan dalam ucapannya, beliau menyeru kepada semua warga 5 RAMD supaya memberi kerjasama serta komitmen yang tinggi kepada pucuk kepimpinan yang dilantik bagi meneruskan kecemerlangan pasukan di samping mengekalkan semangat berpasukan dan setia kawan agar pasukan sentiasa dihormati.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota di atas kerjasama yang telah diberi sepanjang pemerintahan beliau di pasukan 5 RAMD dan di majlis yang sama beliau turut memakaikan pangkat kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Ketua Staf 7 Bgd, Lt Kol Hasnan Hj Samian.


Semasa 3 Div
4 KOD sambut Maulidur Rasul
Penulis: Kpl Aziz Samat  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUANTAN: Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pasukan 4 Kor Ordnans Diraja (KOD) mendapat sambutan yang begitu mengalakkan yang dihadiri oleh semua warga pasukan tentera dan awam dengan tema ‘Ku Bisikan Kerinduan Ini’ bertempat di Rumah BAKAT Pasukan pada 18 Mac 2010.

Pelbagai acara diadakan, dimulai dengan perarakan dari Balai Pengawal ke rumah BAKAT pasukan dan kemudiannya persembahan nasyid oleh ahli BAKAT, persembahan nasyid kanak-kanak,pertandingan nasyid, bacaan monolog, pantomen dan majlis cukur jambul anak-anak warga pasukan.

Di akhir majlis, penyampaian sijil penyertaan dan hadiah pertandingan disampaikan oleh Pegawai Pemerintah 4 KOD, Mej Saiful Azlan Mohamed, Pengerusi BAKAT, Rozita Hj Mohd Aznan dan Ketua Depot Peluru Kapt Mohd Zaki Ismail.


Semasa 3 Div
Warga 14 RAMD naik pangkat
Penulis: Kpl Mohamad Saffpuddin   Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

GEMAS: Sepuluh pegawai dan 280 angota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat anggota 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai oleh Kapt Mohd Faizal Jaafar selaku Ketua Perbarisan bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 5 Jan 2010 yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Abdul Rasek Ismail.

Dalam majlis itu, seramai 36 anggota Lans Koperal dinaikkan pangkat ke Koperal dan 32 anggota Prebet dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas dan dedikasi serta menasihatkan semua anggota sentiasa menjaga nama baik pasukan dan Tentera Darat amnya.


Semasa 3 Div

14 RAMD terima pemerintahan baru
Penulis: Kapt Mohamad Firdauz  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

GEMAS: 15 pegawai dan 320 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Azli Sulaiman selaku Ketua Perbarisan terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Ke-22 di antara Lt Kol Abdul Rasek Ismail dengan Lt Kol Mohamad Noorlizam Shamsuddin bertempat di Padang Kawad 14 RAMD pada 5 Mac 2010.

Aturcara perbarisan dimulakan dengan Menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Pemerintah Garison Gemas, Brig Jen Shahbani Ali, disusuli dengan Penyerahan Panji-Panji Pasukan.


PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF