Semasa 4 Div
4 Div eratkan hubungan ahli Wisma Perwira
Penulis: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir   Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA LUMPUR: Markas 4 Div menganjurkan Majlis Ramah Mesra bagi mengeratkan tali silaturrahim di kalangan ahli wisma serta memenuhi aktiviti wisma yang dirancang bersama Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim bertempat di Wisma Perwira 4 Div pada 23 Feb 2010.

Semua Pegawai Staf MK 4 Div serta Pegawai Memerintah Trup Div hadir dengan tema hidangan makan malam berkonsepkan steamboat serta turut diadakan acara karaoke dan tepat jam 12 malam, semua ahli wisma membuat kejutan dengan meraikan sambutan hari lahir Panglima 4 Div dengan ditemani oleh isteri, Datin Zaleha Md Yusof.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima 11 Bgd, Panglima 12 Bgd dan Ketua Staf MK 4 Div bersama isteri masing-masing.


Semasa 4 Div
Bengkel Pengurusan Penyelenggaraan Kenderaan tingkat pengetahuan anggota
Penulis: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir    Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA LUMPUR:
31 pegawai dan 22 PTT Kanan terlibat dalam Bengkel Pengurusan Penyelenggaraan Kenderaan anjuran 74 Wksp Div selama tiga hari bermula dari 15 hingga 17 Mac 2010.

Antara objektif yang ditekankan dalam penganjuran bengkel ini adalah meningkatkan pengetahuan peserta tentang tanggungjawab pelaksanaan penyelenggaraan kenderaan serta memahami prosuder sebenar proses dan dokumentasi yang perlu untuk melaksanakan TEB kenderaan supaya tidak timbul sebarang kelenggahan di semua peringkat.

Subjek pembelajaran meliputi teori dan amali telah diselitkan sepanjang bengkel ini dijalankan bagi memastikan semua peserta mudah menerima dan mampu menerapkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari.

Dalam ucapan penutup bengkel oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim menyatakan penganjuran bengkel ini akan diteruskan pada masa akan datang agar segala permasalahan pengurusan penyelenggaraan kenderaan di formasi dan pasukan dapat di atasi.

“Saya percaya semua peserta dapat menerima dan menerapkan ilmu pengetahuan sepanjang bengkel ini dilaksanakan seterusnya mempraktikkan segala yang dipelajari apabila kembali ke pasukan kelak,” tegasnya.

Turut hadir sama pada upacara penutup adalah Ketua Staf MK 4 Div, Kol Rajie Mahmood, PS 1 JLJ MK 4 Div, Lt Kol Md Razlan Mohd Shariff serta Pegawai Memerintah 74 Wksp Div, Lt Kol Zulkhurnain Ahmad.


Semasa 4 Div
Perbarisan KS MK 4 Div
Penulis: Kpl Mohd Fauzi Abdul Kadir   Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA LUMPUR: Seramai 200 warga MK 4 Div melibatkan 4 kontinjen perbarisan iaitu Pegawai, PTT kanan, Kpl ke bawah dan Penuntut SPM diketuai oleh Pegawai Medan, Lt Kol Mustapha Omar terlibat dalam Perbarisan Ketua Staf MK 4 Div yang diadakan di perkarangan MK 4 Div pada 23 Mac 10.

Dalan ucapan ringkas oleh Ketua Staf MK 4 Div, Kol Rajie Mahmood, beliau mahukan semua warga MK 4 Div sentiasa menjaga tatatertib diri dengan mematuhi peraturan yang telah digariskan agar tidak melanggar pencemaran keselamatan dan beliau juga menasihatkan tentang pemanduan berhemah ketika berada di jalan raya tidak kira menggunakan kenderaan tentera mahukan awam agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi perjalanan yang selamat.

Perbarisan yang diadakan setiap hari Selasa minggu keempat tiap-tiap bulan bagi memastikan kesegakan, kekemasan serta tahap disiplin warga MK 4 Div sentiasa terjaga.


Semasa 4 Div
PERNAMA adakan ceramah kerjaya bakal pesara
Penulis: Kpl Nasrul Nizan Harun   Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA LUMPUR: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) mengadakan ceramah peluang kerjaya francais (PERNAMA-7 Eleven) untuk membantu bakal-bakal pesara tentera menjadi usahawan berjaya dengan membuka kedai serbaneka (7 Eleven) hanya bermodalkan sebanyak RM50,000 bertempat di Dewan Hulu Balang 4 Div pada 19 Mac 2010.

Pada sesi ceramah tersebut, wakil PERNAMA iaitu Hj Md Hassan Ibrahim berkata antara keistimewaan yang disediakan adalah tiada dikenakan bayaran royalti, yuran, promosi, perkhidmatan, peralatan dan hanya perlu mencari lokasi strategik untuk membuka perniagaan dan penerangan tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan serta anggota yang hadir berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan.

Turut hadir adalah Ketua Staf MK 4 Div, Kol Rajie Mahmood dan Kem Komandan Kem 4 Div, Mej Mohamad Shamsuri Kurdi.


Semasa 4 Div
Pemilihan Peg Tugas Khas RSD
Penulis: SSjn Ahmad Yusmi Abdul Hamid   Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
+ Email Artikel Ini!

KUALA LUMPUR: Jabatan Arah Semboyan menganjurkan Lembaga Pemilihan Pegawai Tugas Khas (Pegawai Teknik Telekom, Pegawai Trafik Semboyan dan Kuartermaster) yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Noordin Hj Mohd Yusoff bertempat di Dewan Sri Menanti, Wisma Perwira RSD untuk tahun 2010 dan 2011 pada 23 Mac 2010.

Tujuan pemilihan diadakan adalah bagi mencari calon yang layak bagi menggantikan Pegawai Teknik Telekom, Pegawai Trafik Semboyan dan Kuartermaster yang akan bersara kelak dan calon-calon yang layak adalah dari Pegawai Waren, Staf Sarjan dan Sarjan yang berkhidmat di pasukan RSD di seluruh Malaysia.

Semua calon-calon dinilai oleh Ahli-ahli Panel yang terdiri daripada Pegawai Memerintah dari pasukan RSD dan mereka yang terpilih akan dinilai pula diperingkat Markas Tentera Darat-Cawangan Sumber Manusia (CSM).


PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF