MELAKA : Empat pegawai dan 120 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 9 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (RAMD) terlibat dalam ceramah Anti Dadah dan Pameran
Dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka (AADK) di Dewan Makan Pasukan pada 15 Jan 2010.
Program seperti ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan pasukan 9 RAMD Para untuk meningkatkan
tahap kesedaran tentang penyalahgunaan dadah dikalangan anggota pasukannya dan secara tidak langsung ia dapat membantu pasukan membendung masalah dadah.