KLUANG: Institut Kejuruteraan Medan
Tentera Darat (IKEM) menganjurkan
Kursus Jurutera Tempur Kelas 2 Siri 88/2010 dan Majlis Pembukaan Kursus disempurnakan oleh Ketua Jurulatih, Mej Azizi Mohamad bertempat
di Dataran CHEP IKEM pada 22 Mac 2010.
Dalam ucapan perasmian tersebut,
Ketua Jurulatih mengingatkan semua peserta kursus mengambil peluang semasa berkursus agar menambah pengetahuan masing-masing dengan pembacaan dan mempelajari dengan lebih dekat lagi pengetahuan tentang keperluan
tugas apabila pulang ke pasukan nanti.
“Dengan merujuk pengetahuan yang boleh diambil secara efisien oleh semua peserta kursus, ianya akan mempercepatkan lagi proses pembelajaran sepanjang berkursus nanti dan secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta membuat kajian sendiri ketika ada kelapangan dan pengetahuan yang tinggi akan memberikan impak yang baik berdasarkan penilaian yang akan diberikan oleh jurulatih nanti,” tegasnya
Selain itu beliau juga mengingatkan
agar semua peserta kursus tidak melanggar undang-undang dan perintah yang telah digariskan dalam perkhidmatan, kerana ianya akan memudaratkan perkhidmatan mereka nanti.
Turut hadir dalam Majlis Pembukaan
Kursus tersebut semua Ketua Cawangan dan jurulatih.
Semasa MK Latihan
Kursus Rintis Serang tingkat
pengetahuan anggota
KLUANG: Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) mengadakan Majlis Penutup Kursus Rintis Serang LLP Siri 2/2009 yang disempurnakan oleh Komandan IKEM, Lt Kol Abdul
Hamid Mohd Isa bertempat di Padang Pavilion IKEM pada 11 Mac 2010.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan
semua peserta kursus menambahkan
lagi ilmu pengetahuan masing-masing dalam menghadapi keadaan persekitaran pekerjaan sekarang serta peserta kursus dituntut
agar memperbaiki prestasi diri masing-masing agar dipandang tinggi oleh anggota bawahan apabila
pulang ke pasukan nanti.
Kedudukan dalam kursus dan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus
bukanlah jaminan atau penentuan
dalam mengharungi situasi sebenar ketika bekerja dan dalam masa yang sama penuntut kursus turut
mempersembahkan demonstrasi serangan berdasarkan situasi peperangan
sebenar yang menuntut penugasan anggota Rintis Serang dalam menangani serangan tersebut.