Sukan
Kombat Gerak Khas Lasak Dan Ganas
Penulis: Tim BTDM  Tarikh Kemaskini: 1 Jun 2010
Gambari: Tim BTDM
+ Email Artikel Ini!

Tiada seorang pun yang menyertai perkhidmatan ketenteraan mengharapkan akan memperolehi satu kehidupan yang senang tanpa apa jua bentuk cabaran.

Setiap anggota tentera sedar kecergasan fizikal mereka akan sentiasa diuji dan mereka akan menikmati ‘kepuasan’ apabila satu-satu latihan itu dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat tertentu.

Sekiranya kita perlu memaksimumkan kelebihan, kita perlu mengekalkan setiap anggota mempunyai berkemahiran dan terlatih serta sentiasa bersedia pada asasnya bererti terlatih untuk berperang dan mempunyai mentaliti atau sikap bersedia menghadapi apa jua cabaran.

Salah satu ramuan untuk meningkatkan tahap setiap anggota perlu cekap dalam kemahiran asas bagi menghadapi perkara-perkara di luar jangkaan, kejayaan bukan sahaja bergantung kepada keupayaan kita untuk bertindak lebih pantas daripada pihak lawan, tetapi anggota-anggota yang terlatih sama ada secara individu atau berpasukan dan mempunyai keyakinan bahawa mereka telah menerima latihan yang terbaik serta cukup untuk menghadapi peperangan.

Bagi Rejimen Gerak Khas, Kursus Kombat Gerak Khas adalah penting bagi melatih anggotanya untuk menghadapi peperangan yang akan datang tanpa mengetahui bila ianya akan berlaku, siapakah musuh yang dihadapi, di mana ianya akan berlaku atau dalam bentuk apakah peperangan.

Kursus Kombat Gerak Khas memainkan peranan yang besar untuk melatih anggota Gerak Khas supaya menjadi lasak, berani bertahan dan menyerang serta menguasai seni mempertahankan diri bagi melahirkan semangat keperwiraan dalam diri anggota dan mampu membentuk perkara-perkara seperti kekuatan jasmani, semangat setia kawan, keyakinan dan keberanian, kesopanan, mengawal diri, pantang undur, menyerlah, kesetiaan kepada negara dan agama.

Kursus selama 15 minggu di Cawangan Pertahanan Diri, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) ini adalah melatih dan melayakkan anggota sebagai ahli tempur tanpa senjata dan ahli Kombat Gerak Khas.

Kursus ini adalah melayakkan anggota sebagai ahli Kombat Gerak Khas untuk membolehkan anggota berkeyakinan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Kursus ini terbahagi kepada tiga modul iaitu latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS), Tempur Wira dan Unarmed Combat memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain di samping mendidik semangat kepercayaan terhadap diri sendiri apabila mara dan menyerang di dalam seni memepertahankan diri serta membolehkan anggota menyerang dan bertahan di dalam seni mempertahankan diri serta meningkatkan keupayaan fizikal dan mental pada setiap anggota serta melatih teknik-teknik seni mempertahankan diri.

Kombat Gerak Khas yang ditubuhkan pada tahun 1975 dan dilaksanakan sepenuhnya oleh jurulatih yang berkelayakkan menentukan aspek keselamatan dan pentadbiran dari awal hingga tamat kursus dan dilaksanakan di sekitar kem dan luar kem.

Sebagai anggota tentera, kita akan sentiasa berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu dan penuh dengan cabaran.

Semua ini akan menjadikan tugas kita sebagai Teras Utama Benteng Pertahanan Negara semakin sukar.

Demi memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat, setiap warga tentera perlu mempersiapkan diri untuk menggalas cabaran tersebut agar dapat berperanan dengan lebih berkesan.

Kursus Kombat Gerak Khas turut didedahkan asas pergerakan tumbukan gaya baru, teknik buah kilas mengilas, pergerakan asas senjata, teknik buah senjata, teknik satu benet, teknik pemusnahan dan teknik balingan pisau.

Dasar ATM untuk melatih semua anggota di dalam TTS adalah satu langkah yang positif kerana matlamatnya ialah semua anggota yang berumur di bawah 40 tahun dengan darjah kesihatan FE juga terlatih di dalam TTS, melalui matlamat tersebut, ATM menetapkan sasaran anggota mencapai tahap Gred 5 dalam TTS menjelang Tahun 2011.

Kursus yang dilaksanakan mengambil masa lebih sebulan dari kebiasaan kursus-kursus TTS yang dijalankan di lain-lain tempat iaitu lebih sebulan dari kebiasaannya, ini kerana ianya ada diselitkan pelajaran teknik balingan pisau kepada anggota kursus.

Teknik balingan yang diajar menggunakan teknik-teknik yang betul bermula dari cara pegangan hinggalah ke teknik balingan.

Ini kerana jika pelatih tidak peka dengan teknik yang diajar, pisau yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan kepada pelatih itu sendiri.

Di samping itu, aspek-aspek keselamatan adalah yang utama dalam setiap waktu pelajaran dipraktikkan.

Keseluruhannya, Kursus Kombat Gerak Khas ini hanya disertai oleh anggota GGK sahaja dan tidak dibuka kepada lain-lain unit di dalam perkhidmatan ATM kerana ianya lebih cenderung kepada penugasan yang dijalankan oleh pasukan GGK.

PDF Keseluruhan Keluaran 186

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF