 |
MELAKA: Karnival Sukan Peringkat Pemerintahan
Medan Tentera Darat telah diadakan mulai 17 hingga 25 Jun 09.
Tiga jenis sukan yang dipertandingkan secara liga iaitu bola sepak, ragbi dan hoki.
Karnival ini telah disertai
oleh semua formasi di bawah naungan Pemerintahan Medan Tentera Darat.
Karnival yang bermula di Stadium Hoki Seremban 2 dan berakhir di Stadium Hang Jebat, Melaka dengan pertandingan bola sepak akhir di antara 1 Div menentang 2 Div.
Lebih manis lagi semasa upacara penutup itu telah diadakan perlawanan bola sepak persahabatan Pegawai-pegawai Kanan yang turut disertai oleh Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Raja Mohamed Affandi bin Mohamed Noor dan Panglima-panglima formasi.
Panglima Medan Tentera Darat dalam ucapan penutupnya mengimbau nostalgia skuad hoki dan ragbi tentera di zaman 70-an dan 80-an yang sentiasa digeruni dan
Karnival Sukan PMTDdisegani lawan meskipun fasilitas, ganjaran dan kebajikan tidak sehebat hari ini.
Beliau percaya bahawa semua itu adalah hasil kesungguhan
dan komitmen yang tinggi daripada pihak pemain dan pengurusan.
Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada Formasi 2 Div yang memenangi acara ragbi dan hoki serta formasi 1 Div, johan bolasepak.
Turut hadir Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi selaku pengerusi Karnival, Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Mazelan Hj Kasap, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Noor Daud dan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim dan Panglima-panglima Bgd.
PDF Keseluruhan Keluaran 180
|
|
|
|
|
|
|