Sukan
Kejohanan Tinju TD
Penulis: Sjn Noraizan Abdullah   Tarikh Kemaskini: 22 Disember 2009
Gambari:Sjn Nur Afina Naincy Samudi
+ Email Artikel Ini!

GEMAS: Kejohanan Tinju Peringkat Tentera Darat dilaksanakan di Dewan Serbaguna, Kem Syed Sirajuddin, Gemas mulai 27 Kejohanan Tinju TDhingga 31 Jul 2009.

Markas Artileri Divisyen 3 Divisyen telah dilantik sebagai penganjur bagi kejohanan tinju yang diadakan.

Sebanyak lapan Tim mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu MK Latihan TD, MK Logistik TD, 1 Div, 2 Div, 3 Div, 4 Div, 10 Bgd Para dan Geruk Gerak Khas.

Manakala dua kategori pegawai dan sepuluh kategori terbuka telah dipertandingkan.

Kategori tersebut adalah Kategori Light Welter dan Welter bagi Kategori Pegawai manakala Kategori Pin, Light Fly, Fly, Bantam, Feather, Light, Light Welter, Welter, Middle dan Light Heavy.

Upacara penutup Kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin.

Semasa ucapan penutup, beliau amat berbangga dengan penyertaan dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta dan tim-tim yang menyertai pertandingan ini.

Gerup Gerak Khas telah menjadi johan keseluruhan pertandingan ini.

 

PDF Keseluruhan Keluaran 180

Seksyen 1| Muat Turun PDF Seksyen 5 | Muat Turun PDF
Seksyen 2 | Muat Turun PDF Seksyen 6 | Muat Turun PDF
Seksyen 3 | Muat Turun PDF Seksyen 7 | Muat Turun PDF
Seksyen 4 | Muat Turun PDF Seksyen 8 | Muat Turun PDF