Salam sejahtera kepada semua! Isu kali ini Tok Wan ingin berkongsi masalah seorang pesara tentera yang diluahkan di dalam Harian Metro pada 25 Feb 2010 bertajuk Pesara Tentera di Seremban
tuntut pembelaan (kalau ingin pengesahan semaklah di dalam akhbar ini, Tok Wan memperolehi artikel ini dari internet).
Mengikut luahan pesara ini (seorang bekas pegawai ) beliau meminta jasa baik KEMENTAH supaya memberikan pencen hilang upaya untuk meringankan
beban beliau sekeluarga yang terpaksa ditanggung sejak hampir 13 tahun lalu.
Bekas pegawai tentera ini telah berkhidmat selama 12 tahun dan ditamatkan perkhidmatan
akibat diserang penyakit saraf ketika bertugas pada 1994.
Ini yang sedihnya, lagi-lagi masalah
nasib pesara tentera yang tidak terbela.
Perkara seperti ini memburukkan imej Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.
Yang Tok Wan bengang, kenapa tidak ada response dari pihak Perhubungan
Raya (PR) kita? Mungkin ada, hanya Tok Wan yang sudah tua dan nyanyuk ini tidak menyedarinya.
Lagi-lagi Masalah Pesara…alahai!Kalau tidak ada maklumbalas, bukankah
ini tugas pihak tersebut untuk memberi maklumbalas mengenai aduan-aduan yang disiarkan?.
Kalau tidak, tidak ada gunanya sekadar diberi pangkat dan sibuk ‘mengipas’ orang lain!.
Inilah sikap generasi pegawai-pegawai yang Tok Wan anggap ‘muda’ sekarang.
Kepada pesara tentera yang terlibat, tanyalah diri sendiri adakah kita layak diberi pencen kurang upaya? Tempoh perkhidmatan baru 12 tahun dan ditimpa musibah, memanglah
kasihan apatah lagi bahu yang memikul.
Banyak lagi persoalan yang boleh
timbul mengenai isu dan tidak adil bagi kita untuk menghakimi seseorang tanpa memberi beliau ruang untuk membela diri.
Ringkasnya,
pesara ini perlu dibantu dan tidak semestinya memberi apa yang dimohon.
Pada pandangan Tok Wan mungkin ada sebab-sebab yang tidak melayakkan beliau diberi Pencen
Kurang Upaya, tetapi sebagai sebuah caring organization, pihak-pihak bertanggungjawab perlu menjelaskan mengenai kedudukan beliau.
Diharap cerita di atas dijadikan ikhtibar kepada bakal-bakal pesara.
‘Sediakan payung sebelum hujan’ jangan bila berlaku hujan lebat, mulalah mencari tempat untuk berlindung,
mulalah mengadu sana-sini; duit pencen tidak mencukupilah dan selalunya anak-anak jadi mangsa! Apa tidaknya, kononnya pencen tidak
mencukupi untuk menanggung anak yang ramai.
Memanglah tidak cukup cuba pembaca bayangkan.
Bila bersara (kalau yang bersara) pencen yang diberikan sebanyak RM1,500 dan anak seramai tiga orang.
Lepas pencen jumlah anak bertambah, katakan enam orang pula, mana mencukupi pencen yang diberikan! Mulalah jual cerita sana sini, ATM atau kerajaan juga yang dipersalahkan.
Itu belum cerita sifulan (bujang ketika itu) menamatkan
10 tahun dalam perkhidmatan dan diberi ganjaran perkhidmatan.
10 tahun kemudian mengadu (sama ada dalam akhbar resmi atau akhbar
parti pembakang) ganjaran yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk beliau menyara keluarganya.
Tidak boleh diterima akal langsung dan yang lebih dashyat,
tidak tahu malu ke?.
Sudahlah berhenti masa bujang, bila sudah berkeluarga, kerajaan masih perlu tanggung beban ke?
FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI……!