Utama
TD
dulu, kini dan selamanya
 |
Sejarah telah membuktikan pelbagai
onak duri dan ranjau dilalui oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak dari zaman perang Jepun hinggalah ke peperangan insurgensi yang mana banyak penderitaan dihadapi oleh rakyat.
Namun tidak terdetik sedikitpun oleh perwira-perwira negara untuk merungut di atas segala pengorbanan yang ditabur suatu ketika dahulu demi kesejahteraan negara, bangsa dan agama.
Walaupun terpaksa mempertaruhkan
nyawa sendiri melawan musuh sehingga ada yang terkorban.
Biarlah kenangan pahit ditelan begitu sahaja dan tidak dikenang kembali dan hanya kenangan manis dibawa ke masa depan agar dapat membangunkan lagi TD.
Kini TD berusia 77 tahun dan melalui pelbagai cabaran serta evolusinya yang tersendiri dan TD sudah membuktikan keupayaannya
bukan saja mendokong dasar pertahanan negara tetapi juga kemampuan mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara.
Kewujudannya bukan sekadar menjadi aset pertahanan negara di kala menghadapi ancaman musuh malah menjadi barisan hadapan
yang bersedia tampil untuk membantu rakyat dalam sebarang bentuk bencana dan malapetaka.
Buktinya, kini TD menerima pelbagai
bentuk penghargaan dan pengiktirafan setanding dengan angkatan tentera di negara maju dan dalam memenuhi keperluan era globalisasi dan pengaruh ekonomi, TD kini sedang melalui proses transformasi
sejajar dengan peredaran zaman.
Bermula dengan skuad percubaan
25 orang pada era zaman
kolonial, kini TD menjadi satu ketumbukan perang yang disegani dan bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan dalam dan luar negara seiring dengan seruan kerajaan
untuk menggunakan IT bagi mempertingkatkan keberkesanan proses kerja di semua kementerian.
TD khasnya menyediakan Pelan Strategik ICTnya tersendiri bersandarkan
kepada pelan induk TD iaitu Army 2 10 plus 10 dan seiring dengan penciptaan senjata-senjata baru dunia yang lebih canggih dengan berkonsepkan maksimum impact with highest degree of protection
telah menghasilkan UAV, smart bomb, stealth fighter dan bermacam-macam lagi peralatan tempur yang luar biasa.
Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi merintis kepada wujudnya dunia tanpa sempadan dan global village yang memberi kesan langsung kepada perubahan senario politik dunia dan perkembangan
teknologi ketenteraan.
Selain itu, TD akan terus berusaha mempertingkatkan taraf keilmuan sumber manusianya melalui pengajian
di semua pusat latihannya termasuk di IPT dalam bidang komunikasi
dan teknologi maklumat selain menjadikan pembangunan sumber manusia yang mengutamakan kepada konsep asas ilmu pengetahuan
dilihat dapat merealisasikan hasrat TD untuk menjadi sebuah organisasi
pembelajaran atau K-Army.
TD juga bergiat aktif di dalam aktiviti pembangunan negara melalui
program untuk meningkatkan keutuhan rakyat serta menanam semangat patriotisme di kalangan masyarakat dan bagi memelihara kedaulatan negara, Malaysia merumuskan
Dasar Pertahanan Negara yang berteraskan konsep Pertahanan
Menyeluruh (HANRUH).
TD sebagai salah sebuah komponen
terpenting yang memikul tanggungjawab
menjaga keselamatan negara yang dilengkapi dengan berbagai peralatan canggih bertujuan
untuk mempamerkan imej yang perkasa seiring dengan perkembangan
teknologi persenjataan masa kini dan tidak dinafikan suatu masa nanti TD akan memiliki peralatan canggih pada masa akan datang.
Menuju ke arah itu, TD akan terus berusaha untuk meningkatkan keupayaan agar kuasa tembakan, battlefield survivability, mobility, force protection, detection dan strike capability diberi keutamaan.
Pembangunan peralatan dan doktrin dikembangkan selari dengan keperluan peperangan dan tahap ancaman akan datang melalui penyelidikan
dan pembangunan (R&D) yang berterusan agar pengembelingan daya usaha yang jitu antara TD dan industri pertahanan akan berupaya menempatkan TD ditahap
yang disegani.
Pengumuman bersejarah yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberi status Bandar Tentera Darat membuka lembaran baru kepada
Port Dickson.
Pengisytiharan itu sejajar dengan kewujudan bebebrapa
kemudahan yang membaitkan
TD termasuk Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Institut Kejuruteraan Jentera dan Elektrikal
TD (IJED), Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Pusat Latihan Artileri (PUSASTRI) dan Pusat Olah Perang Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (POP TD), Institut Latihan Kefahaman Islam dan Muzium TD.
Perubahan itu dilakukan melalui perancangan bersama Kementerian
Pertahanan dengan beberapa kementerian selain kerajaan negeri dalam masa terdekat, ia juga bakal menjadi lokasi utama sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat bagi menanamkan semangat cinta dan menghargai perajurit negara yang telah banyak berkorban demi keamanan
negara yang dicintai.
PDF Keseluruhan Keluaran 186
|
|
|
|
|
|