Kini usia Tentera Darat menjangkau
77 tahun yang mana suatu ketika dahulu ianya bermula dengan sebuah angkatan peperangan
insurgensi, namun kini TD kini berubah menjadi sebuah angkatan konvensional yang moden dan berkemampuan dalam menangani pelbagai spektrum ancaman.
Pembangunan
aset yang terancang telah memperlihatkan keupayaan TD sebagai sebuah organisasi yang highly mobile, combat ready, versatile,
sustainable and capable serta berupaya menjadi sebuah ketumbukan
yang decisive selain mampu melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi.
TD akan terus melalui proses transformasi dan pemodenan sejajar dengan kemajuan teknologi dan keadaan persekitaran strategik.
Menyedari
keperluan transformasi yang relevan dengan keperluan semasa sejajar dengan konsep 1Malaysia yang mana warga TD juga terdiri daripada pelbagai kaum, perlu bergabung tenaga kepakaran, pemikiran strategik dan profesionalisme untuk mencapai misi mempertahankan
negara dan kepentingannya daripada ancaman luar selain membantu
pihak berkuasa awam demi mendukung keperluan keselamatan negara dan aspirasi rakyat.
Justeru itu, sekali lagi TD mengekalkan tema yang digunakan
pada tahun lepas iaitu TD Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara bagi sambutan Hari Tentera Darat Ke-77 yang melibatkan 89 pegawai dan 1353 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertempat
di Dataran PTD, Kem Sungai Besi pada 1 Mac 2010.
Sejak ditubuhkan 77 tahun yang lalu, TD melalui pelbagai cabaran serta evolusi tersendiri.
Walaupun ramai
beranggapan TDM masih muda jika dibandingkan dengan angkatan tentera negara lain, namun TD telah membuktikan keupayaannya bukan saja mendukung Dasar Pertahanan Negara tetapi juga kemampuan TD menjaga kedaulatan negara.
Dalam memenuhi keperluan ini, TD melalui berbagai proses transformasi sejajar dengan peredaran zaman.
Bermula dengan skuad percubaan yang terdiri daripada 25 orang sekitar 1933, kini TD menjadi satu ketumbukan perang yang disegani dan bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan dalam dan luar negara.
TD membuktikan kewujudannya
bukan sekadar menjadi aset pertahanan negara di kala menghadapi
ancaman musuh malah menjadi barisan hadapan yang bersedia tampil untuk membantu rakyat dalam sebarang bentuk bencana dan malapetaka.
Negara-negara luar yang begitu moden dengan aset peperangan beranggapan imej TD cukup tinggi kerana penglibatan anggota TD dalam misi-misi pengaman dan pemantauan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC) sedikit sebanyak menaikkan nama TD dimata dunia.
Dalam Perutusan PTD, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin
sempena HUT TD Ke-77 berkata, penglibatan TD dalam membantu mengekalkan keamanan sejagat telah mendapat pengiktirafan dan sanjungan dunia khasnya PBB.
Ini secara tidak langsung telah menaikkan
imej negara demi menjaga hubungan baik dengan negara luar dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat antarabangsa dalam aspek mengekalkan keamanan dan keharmonian dunia.
“Sebagai sebuah organisasi yang mendukung aspirasi rakyat, TD menyokong konsep 1Malaysia yang membawa aspirasi untuk memperkukuhkan
hubungan kaum rakyat Malaysia dan menjadi
perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak
Rukun Negara.
Konsep
1Malaysia telah memperkukuhkan
lagi usaha kita untuk merealisasikan slogan ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’ yang telah wujud dalam organisasi kita sejak dahulu lagi,” jelasnya.
Tambahnya lagi, dalam Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara, kita perlu membuat persediaan
yang terbaik bagi memperkukuhkan lagi tradisi
nilai, budaya, etos dan norma ketenteraan kita yang mana nilai-nilai ini juga akan menjadi landasan
kepada kekuatan kita menjadi sebuah angkatan
yang mampu mempertahankan
kedaulatan negara dari apa jua bentuk ancaman.